Sekiranya Najib yakin dengan mandat yang diterima rakyat beliau tidak perlu membabitkan istana.
Katanya, jika Ahli Parlimen Pekan itu yakin dengan sokongan yang diterima rakyat, Najib tidak perlu mengheret institusi beraja untuk menunjukkan beliau berkuasa.
“Jika beliau telah yakin dengan sokongan rakyat yang kuat dan hebat maka kenapakah beliau perlu mendapatkan sokongan dari Istana?
“Apakah sokongan dari istana walaupun dari hanya seorang sultan lebih besar dari sokongan ribuan rakyat?,” soalnya.
Jelas Zainuddin dalam blognya, zamkata.blogspot.com, apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan membabitkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar akan memberi kesan ke atas institusi Raja Berpelembagaan.
“Rakyat memberikan penghormatan tertinggi kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan tetapi apabila Raja di bawa ke dalam kancah pertarungan politik antara rakyat maka dibimbangi akan menjejaskan penghormatan terhadap raja.
“Jika menang baiklah tetapi jika kalah orang yang di sokongnya bagaimana?,” soal Zainuddin.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Zam khuatir, sekiranya sultan dibabitkan dengan percaturan poltik kepartian, ia akan memberi kesan kepada UMNO.
“Maka apakah pemimpin -pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak melihat ini sebagai suatu permainan politik yang tidak sihat yang akan menjejaskan kuasa demokrasi di tangan rakyat dan mahu membina feudalisme dalam UMNO.
“UMNO ditubuhkan diatas atas perjuangan rakyat dan untuk rakyat!
“Dengan Perdana Menteri sendiri membawa sokongan Istana ke dalam politik,maka bagaimanakah pula jika Menteri-Menteri Besar atau pemimpin-pemimpin UMNO yang hampir dengan Sultan-Sultan di setiap negeri mendakwa Sultan atau Raja masing-masing menyokong mereka dalam pertandingan merebut kedudukan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO”, ulasnya.
Susulan pendedahan yang dibuat Najib mengenai sokongan istana yang diterimanya, Zam membangkit semula desas-desus pemilihan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Naib Presiden UMNO.
Selain pangkat sepupu kepada Perdana Menteri, isterinya, Tengku Marsilla Tengku Abdullah adalah anaknda saudara kepada Sultan Pahang.
“Dengan pendedahan Najib bahawa Sultan Pahang menyokongnya maka yakinlah rakyat ada kebenaran dalam bisik-bisik selama ini mengatakan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendapat sokongan Istana dalam persaingannya dengan Mukhriz Tun Mahathir untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO yang lalu”, tulis Zam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.