Followers

Thursday, May 28, 2015

Perkhidmatan 20,000 kakitangan MAS berakhir 1 Jun FMT Reporters

 
Christoph Mueller,MAS
Selepas ditamatkan perkhidmatan, dua pertiga daripada kakitangan berkenaan akan ditawarkan bekerja dengan syarikat baru itu, MAS Bhd

PETALING JAYA: Nasib 20,000 kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan diketahui Isnin depan.

Surat yang akan diterima 1 Jun ini akan menentukan sama ada mereka akan terus kekal berkhidmat atau sebaliknya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS yang baru, Christoph Mueller dalam temuramahnya yang dipetik daripada akhbar The Star berkata, dia tidak akan membiarkan ketidak tentuan kakitangan syarikat penerbangan itu berpanjangan.

“Kakitangan syarikat dibiarkan berada dalam suasana yang tidak pasti sudah terlalu lama. Jadi ia menjadi kewajipan kami untuk menamatkan ketidaktentuan ini supaya semua orang boleh meneruskan kehidupan masing-masing,” katanya dalam temu bual ekslusif dengan akhbar berbahasa Inggeris itu.

Selepas ditamatkan perkhidmatan, dua pertiga daripada kakitangan berkenaan akan ditawarkan bekerja dengan syarikat baru itu, MAS Bhd.

Mereka yang diterima bekerja akan diberi masa sehingga 12 Jun untuk memutuskan sama ada mahu menyertai syarikat berkenaan.

Setiap kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan akan mendapat bayaran asas bergantung kepada gred mereka dan tempoh perkhidmatan.

Mereka yang tidak ditawarkan pekerjaan dengan MAS Bhd juga layak untuk menerima bayaran ex-gratia.

Mereka yang ditawarkan bekerja pula akan mendapat bonus.

Menurut Mueller, proses penamatan perkhidmatan akan berlaku secara berperingkat di mana sesetengah daripada mereka daripada mereka mungkin ditawarkan kontrak jangka pendek.

Menurut perancangan MAS Bhd yang bakal mengambil alih operasi bermula 1 September.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.