Followers

Wednesday, May 27, 2015

Perjuangan Saya Bukan Untuk Duit, Tetapi Untuk Maruah Seorang Wanita – Rita Rudaini suarakami


Nampaknya kes mutaah Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sekali lagi menjadi perbincangan hangat pembaca BeautifulNara.  

Pengakuan Aidil Zafuan yang dirinya tidak mampu membayar RM300,000 seperti yang dituntut oleh Rita telah menimbulkan pelbagai maklumbalas. 
Malah kata-kata Aidil yang mendakwa bekas isterinya tidak layak menerima tuntutan tersebut kerana Rita telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri juga menimbulkan kontroversi
Rita Rudaini bagaimanapun membalas kenyataan Aidil dengan kata-kata yang cukup sinis. Iyerlah, selama ini pun kita sering melihat Aidil dan isterinya, Zarema bercuti di luar negara.
Seperti yang dikatakan oleh Rita, gaya hidup mewah Aidil memang cukup mewah seperti yang sering ditunjukkan oleh pemain bola sepak itu di Instagram. 
Walaupun begitu, ada juga yang mengkritik Rita kerana tuntutan RM300,000 itu seolah-olah menunjukkan dirinya mata duitan. Namun Rita ada jawapannya tersendiri:-
Apa pun orang nak cakap atau keji, saya tidak terkesan kerana Allah yang lebih mengetahui dan Dia saksi segalanya. Perjuangan saya bukan untuk RM300,000 tetapi untuk maruah wanita dan seorang isteri dan seorang ibu yang rumahtangganya dianiaya.
Sumber:Beautifulnara

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.