Followers

Thursday, May 28, 2015

Penyelewengan Najib Sudah Terbongkar !!

Mafiaboss Melayu's photo.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggunakan laman webnya sekali lagi, kali kedua dalam 10 hari, menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan kebanyakan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya "tidak adil dan mengelirukan."

Sambil menegaskan beliau menerima kritikan dengan "fikiran terbuka," Najib juga meminta bekas perdana menteri itu berundur, mengatakan walaupun pemimpin yang lebih tua harus dihormati, tiba masanya mereka membenarkan generasi berikutnya mentadbir negara.

"Malaysia ialah sebuah demokrasi. Saya dilantik oleh Umno, dan oleh rakyat negara ini, untuk memimpin mereka.

"Oleh itu, saya mempunyai mandat mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan kepada mana-mana individu," kata Najib dalam blognya www.najibrazak.com.

"Pada pilihan raya umum dan pemilihan parti akan datang, parti dan rakyat boleh menjalankan hak demokrasi mereka menerusi peti undi.

"Tambahan pula, banyak daripada kritikan Tun itu tidak adil atau mengelirukan."

Menulis menggunakan kata-kata yang agak keras menjawab tuduhan Dr Mahathir terhadapnya, Najib berkata bekas perdana menteri itu hendaklah menyiasat terlebih dahulu sama ada apa yang didengarnya dari orang di sekelilingnya adalah benar sebelum bercakap mengenainya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.