Followers

Saturday, May 9, 2015

Pengawal peribadi guna siren ditahan - FMT Reporters


Bahasa, Polis Trafik, Pengawal Peribadi, BMW-X5

Pengawal peribadi menggunakan siren dan kenderaan lampu mata arah menyebabkan kenderaan lain ke tepi dan memberi laluan kepada kereta yang dinaiki majikannya seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana menggunakan siren dan memandu kenderaan menggunakan lampu mata arah menyebabkan kenderaan lain ke tepi untuk memberi laluan.

Lelaki itu ditahan Jalan Tun Razak berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) oleh anggota Polis Trafik Kuala Lumpur yang sedang menjalankan rondaan, kira-kira 5 petang pada Khamis.

Ketika ditahan, pegawal peribadi itu memandu kereta BMW-X5 berwarna hitam manakala ahli perniagaan itu menaiki kereta Mercedes dalam perjalanan ke Damansara.

Anggota Polis Trafik telah menahan kereta yang dipandu pengawal peribadi dan dalam masa sama, kereta Mercedes terus beredar dari tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan, didapati lelaki itu tidak mempunyai kelulusan untuk menjalankan tugas pengiring di jalan raya.

Kenderaan itu telah ditahan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut mengikut 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan disiasat bersama mengikut Seskyen 94 Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.

Sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.