Followers

Monday, May 18, 2015

Pandikar tolak usul bincang isu Tabung Haji

 
 
Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar oleh seorang ahli parlimen pembangkang untuk membincangkan mengenai pembelian sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji, dengan menyatakan isu itu telahpun diselesaikan.

Kerajaan dan Tabung Haji telah mengambil tindakan untuk menjual tanah tersebut, maka tiada perkara lain lagi yang perlu dibincangkan dalam Dewan itu, kata Yang DiPertua Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Tindakan kerajaan dan Tabung Haji untuk menjual tanah itu. Jadi isu apa lagi yang timbul untuk dibahaskan?" soal Pandikar.

Beliau menolak usul yang dibawa oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) untuk membincangkan perjanjian Tabung Haji itu dalam kamarnya. Ekoran itu, Mahfuz menyuarakan bantahan dalam Dewan Rakyat.

"Saya cukup kecewa. Isu besar yang memerlukan parlimen untuk tampil bagi menjaga Tabung Haji," kata Mahfuz yang juga ketua penerangan PAS.

"Saya tidak kata bahawa perkara ini bukan satu isu yang penting," kata Pandikar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.