Followers

Monday, May 25, 2015

Najib kena gempa bumi di Tokyo FMT Reporters


Perdana Menteri merasai sendiri gegaran gempa ketika berada di Palace Hotel di Tokyo

AMARAN PERTAMA DARI ALLAH SWT  !!

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi pengalaman merasa gempa bumi di laman Facebooknya.

Dalam status yang dimuat naik, beliau tidak mencerita lanjut sebaliknya memaklumkan keadaan selamat.



“Sebelum mesyuarat bersama kapten industri di Palace Hotel tadi Tokyo dilanda gempa bumi, seluruh bangunan bergegar. Kami semua rasa gegaran, lantai dan lampu bergerak. Apa pun semua tenang, dan majlis dimulakan selepas itu, Alhamdulillah”, katanya.

Terdahulu , Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menghadap Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace.

Beliau dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Jepun atas undangan rakan sejawatan Shinzo Abe.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.