Followers

Thursday, May 21, 2015

Najib akui GST meresahkan rakyat FMT Reporters

 
najib,brim,gst

Kerajaan akan memastikan kutipan akan disalurkan balik kepada rakyat menerusi pelbagai bantuan kebajikan

PETALING JAYA: Kerajaan akan memaklumkan jumlah kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari masa ke semasa untuk pengetahuan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan akan memastikan kutipan akan disalurkan balik kepada mereka menerusi pelbagai bantuan kebajikan termasuk menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

“Kita akan pastikan kutipan GST ini dipulangkan semula kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Najib mengakui GST telah menimbulkan keresahan dan pandangan negatif daripada rakyat namun ia merupakan perkara biasa setiap kali sistem baharu diperkenalkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.