TIDAK keterlaluan kami katakan, aktres jelita Emma Maembong antara
selebriti wanita mempunyai kulit cantik dan gebu yang menjadi idaman
setiap insan bergelar wanita.
Namun, entah mengapa sejak kebelakangan ini kulit wajah teraju utama drama Isteri Separuh Masa ini tidak seperti dahulu.
Emma berhadapan dengan masalah jerawat dan kulit yang teruk hingga muncul dakwaan bahawa pelakon ini terkena buatan orang.
“Emma tidak berani untuk komen lebih-lebih tentang perkara ini. Tetapi
ia satu situasi pelik kerana sebelum ini Emma tidak pernah mempunya
masalah jerawat yang teruk.
“Dalam tempoh setahun ini, tiba-tiba kulit muka Emma ditumbuhi jerawat yang banyak sehingga kulit muka terkoyak,” kata Emma.
Dalam pada itu, Emma yang gusar dengan masalah kulit wajah yang dihadapi
telah mengambil inisiatif menjalani banyak ujian darah dengan doktor.
“Doktor mengesahkan bahawa darah Emma bersih.
“Hal ini turut memberi kesan kepada kerjaya. Tetapi Emma cuba berfikiran
positif dan insyaAllah semuanya akan kembali baik,” ujar Emma.
Sementara itu, Emma yang semakin akrab bersama pelakon Kamal Adli
selepas perpisahannya dengan Zizan Razak memilih untuk menyerahkan soal
jodoh kepada tuhan.
“Setakat ini kami berkawan dan Emma sendiri tidak berani untuk buat keputusan apa-apa.
“Jika memang ditakdirkan jodoh kami ada Emma tidak menolaknya,” kata Emma.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.