Berbagai masalah menimp syarikat berkenaan terutamanya kehilangan alias kerugian RM42 billion benar-benar menyenakkan kepala timbalan presiden Umno itu. Beliau sendiri kesal dengan cara Najib mengatasi dan menyelesaikan kemelut dalam syarikat berkenaan.
Rasa jengkil Muhyuddin itu dinyatakan dalam satu majlis beliau bersama pimpinan Umno menjelang himpunan 11 Mei lalu. Muhyuddin mempersoalkan kenapa tindakan tidak diambil kepada CEO dan ahli lembaga pengarah 1MDB. Menurutnya dia sudah syorkan kepda Najib memecat mereka terlibat bahkan panggil polis agar menyiasat.
"Pecat dan siasatlah mereka,kerana disebabkan mereka kita berdepan dengan masalah 1MDB," kata Muhyiddin sambil membayangkan isu 1MDB bakal menjadi beban boleh menjatuhkan kerajaan BN.
Klik video ucapan Muhyiddin yang menyaranakan CEO dan lembaga pengarah 1MDB itu dipecat serta disiasat dan dianggap rahsia itu menjadi viral dalam media maya hari ini. Walaupun Muhyiddin menjelaskan mengenai ucapannya itu tetapi klik video itu bolehlah dianggap sebagai kata putus kepada Najib.
Tidak mustahil dan sekiranya Muhyiddin tidak seorang yang lapar dengan kedudukannya kini sebagai TPM, dia akan berundur untuk menjaga maruah dan air mukanya. Kalau Muhyiddin tetap juga bersama Najib sedang dia sudah "timbuk" Najib demikian rupanya, Muhyiddin sendiri bukan seorang pemimpin Jawa yang bermoral. [wm.kl.5:45 pm 21/05/15]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.