Followers

Saturday, May 16, 2015

Mufti Perlis didakwa 'tertinggal kereta api'

 
 
Ketika banyak pihak menyatakan kebimbangan masing-masing terhadap nasib malang dialami pelarian Rohingya, seorang penulis menempelak Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

Dalam statusnya di Facebook, Faisal Tehrani berkata, Mohd Asri ternyata ketinggalan dalam isu Rohingya apabila mempertikaikan sikap sami Buddha yang tidak mengecam keganasan dilakukan junta tentera di Myanmar.

"Apa punya ketinggalan. Dalai Lama telah lama menyuarakan nasib Rohingya di Burma (Myanmar) dan Sri Lanka sekian lama," katanya.

Sebelum ini media melaporkan kenyataan Mohd Asri yang mahu tokoh agama Buddha menyatakan kecaman mereka terhadap kekejaman dasar kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya.

Kata Mohd Asri, krisis kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya di Myanmar memang berpunca daripada tindakan pelampau Buddha yang mesti dikecam.

Beliau juga menyatakan kehairanannya mengapa masyarakat dunia tidak menganggap kekejaman yang berlaku itu sebagai perbuatan pelampau Buddha.

Penulis yang mempunyai nama sebenar Mohd Faizal Musa (kanan) itu berkata, Mohd Asri wajar tahu membezakan antara "Buddha Theravada" dan "Buddha Mahayana".

Oleh sebab itu, kata Faisal, umat Islam perlu memahami ilmu sosiologi di masjid.

Kegagalan memahami ilmu itu, menurut Faisal, hanya menjadikan umat Islam jahil terhadap "maritim pingpong" seperti apa yang berlaku ketika ini.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.