Followers

Sunday, May 3, 2015

Luahan Hati Dan Rayuan Adik Mangsa Kemalangan Ragut Tiga Nyawa di Atas DUKE

 

Semalam adik mangsa melalui laman Facebook miliknya telah membuat satu luahan apabila terkenangkan nasib dua orang anak buahnya yang merupakan anak pasangan suami isteri yang terkorban tersebut.

Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25, yang merupakan adik bongsu mangsa memberitahu abang, kakak ipar dan anak mereka telah selamat dikebumikan petang semalam dan secara tidak langsung dua orang anak meninggalkan dua orang puteri di bawah jagaannya.

Beliau memberitahu mahu nasib anak-anak buahnya yang sudah tiada ibu bapa itu terbela kerana mereka masi kecil dan perlu ditanggung.


"Semalam, anak sulung arwah, Firuza Amira telah menyaksikan laporan berita kemalangan yang melibatkan ibu bapanya di televisyen menyebabkan dia menangis dan meluahkan segalanya kepada saya."

"Sekarang sayalah tempat dia mengadu sedangkan saya tidak pernah ada pengalaman untuk menjaga anak dan kini mereka sudah manjadi anak yatim piatu."

"Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan diatas pemergian ayah dan ibu dia?, saya telah diamanahkan menjaga mereka dan juga syarikat milik arwah," luah beliau.


Oleh sebab itu beliau merayu kepada admin kelab Myvi tersebut supaya segara menghubunginya untuk berunding.

"Mereka masih kecil dan ditanggung sepenuh oleh arwah. Kini tanggungan bertukar tangan dan menjadi tanggungjawab saya. Mohon kepada Admin Club Myvi yang terlibat tampil untuk berunding dengan kami,” tulis Faiz malalui laman Facebooknya.


- siakapkeli

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.