Followers

Thursday, May 14, 2015

Lagi Pendedahan Bekas MB Trengganu - Mr Clean Kena Jawab !

TUN ABDULLAH BADAWI DENGAN MENANTU YB KHAIRY JAMALUDDIN HARUS JAWAB !!


Bekas MB Terengganu Ahmad Said Dedah Lagi, Wang Rakyat Telah Digunakan Oleh Kerajaan Pusat Bagi Menjayakan Monsoon Cup Datuk-Seri-Ahmad-Said

Kerajaan Pusat khianati rakyat Terengganu – Mat Said [fmt]- Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan wang rakyat telah digunakan bagi menjayakan Monsoon Cup.

Dalam pendedahan terbarunya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal menyifatkan perbuatan itu sebagai mengkhianati rakyat Terengganu.

Katanya, projek Monsoon Cup yang diperkenalkan ketika Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar telah menelan belanja sehingga RM1 bilion bagi memenuhi piawaian pertandingan dengan menyediakan prasarana yang dikehendaki.

Katanya, perbelanjaan itu tidak membawa sebarang keuntungan sebaliknya kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian dengan penganjuran Monsoon Cup walaupun ia diuar-uarkan sebagai sebuah acara yang berprestij.

“Hampir RM1 bilion digunakan untuk membina segala kemudahan untuk persiapan Monsoon Cup.

Termasuk menggali kuala Sungai Terengganu yang menelan belanja lebih daripada RM500 juta.

“Membina hotel-hotel, Riyaz yang tidak sempurna yang hari ini kita tanggung pembaikiannya begitu besar, Hampir RM 1 bilion keseluruhannya (projek Monsoon Cup). Tapi akhirnya projek ini dialihkan ke Johor,” katanya.

Ahmad berkata, beliau terpaksa menghadapi risiko apabila menentang perkara itu kerana merasakan seolah-olah Terengganu sentiasa dianaktirikan.

Ahmad mendedahkan perkara itu dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika membahaskan Titah Ucapan Perasmian Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Pendedahan Ahmad dilaporkan dalam blog ADUN Pas Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, Projek Monsoon Cup ialah hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan Idris.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendakwa projek Monsoon Cup itu berkait rapat dengan Patrick Lim, yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Pak Lah.

Mengulas pendedahan Ahmad itu, Mohd Nor Hamzah berkata, Pas telah lama menyuarakan kebimbangan tentang pembaziran itu dan pendedahan itu membuktikan kebenarannya. “Pas sudah banyak kali mengutarakan penentangan terhadap projek yang jelas membazir ini, tetapi suara kita tidak kuat dan kuasa di tangan mereka untuk membuat keputusan,” katanya.

IdaMan​

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.