"Itu nantilah," kata Tun Dr Mahathir Mohamad setibanya dari Mekah selepas menunaikan umrah, ketika ditanya tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas perdana menteri dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali tiba di Subang petang ini.
Lebih 100 penyokong berhimpun di Subang Skypark untuk menyambut ketibaan pasangan itu.
Antara yang hadir ialah bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, Khairuddin Abu Hassan dari Umno dan pemimpin PERKASA.
Penyokong membawa sepanduk yang antara lain berbunyi, "Selamat Pulang ke Tanah Air Pahlawan Negara".
Sementara itu, Khairuddin membidas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang meminta Dr Mahathir untuk bertanding menentang Najib di Pekan.
"Nazri patut minta Dr Mahathir mencabar Najib di tempat yang neutral seperti Wangsa Maju atau Bandar Tun Razak," katanya.
Khairuddin, yang membuat laporan polis terhadap 1MDB tahun lalu, kini merancang untuk menulis kepada kesemua 222 ahli Parlimen mengenai isu itu.
Bercakap kepada pemberita, Khairuddin mendakwa Najib telah berbohong kepada Parlimen mengenai 1MDB.
"Jadi saya akan tulis surat kepada semua ahli Parlimen," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.