Followers

Thursday, May 7, 2015

Kiamat kedua bagi Najib jika BN kalah Permatang Pauh - FMT Reporters



Menurut Shahbudin, kekalahan di kedua-dua PRK itu, akan mencerminkan kegagalan kepimpinan Najib, Zahid dan Hishammuddin.

Shahbudin_Muhyiddin_najib_Ahmad-Zahid_600PETALING JAYA: Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan terjejas sama ada Barisan Nasional (BN) menang atau kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh,

Bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, individu paling kecut perut menanti keputusan PRK Permatang Pauh ialah Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Keputusan PRK Rompin bukan saja memberi impak kepada UMNO dan BN, malah juga kepada Najib dan bakal penggantinya.

“Walaupun Muhyiddin mengetuai jentera kempen kedua-dua kawasan tetapi tugas khusus diberikan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Rompin dan Zahid di Permatang Pauh.

“Berkurangnya majoriti di Rompin dan jika kalah lebih buruk di Permatang Pauh, ia adalah petanda rahmat makin dekat buat Muhyiddin,” katanya menerusi shahbudindotcom.blogspot.

Jelas Shahbudin, penurunan undi UMNO di Rompin, salah satu bukti kegagalan Najib dalam pentadbiran manakala Hishammuddin pula tidak akan mendapat keyakinan rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.

“Giliran Najib dan Zahid Hamidi pula cemas menanti. Jika BN mencapai keputusan lebih buruk, sama seperti di Rompin, ia adalah petanda kiamat kali kedua bagi Najib,” katanya.

Dia berkata, kegagalan BN mendapat sokongan tinggi di Rompin dan Permatang Pauh akan menjadi bukti yang jelas bahawa rakyat menolak kepimpinan Najib, sekaligus menguatkan lagi serangan Dr Mahathir untuk beliau berundur.

Jika sebaliknya berlaku dengan pertambahan undi BN di Permatang Pauh dan sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah berkurangan akan memberi kelegaan kepada Najib.

Zahid, katanya, akan dilihat lebih menonjol berbanding Hishammuddin untuk menerajui kerajaan akan datang.

“Menonjolnya nama Zahid ini bukan saja merimaskan Najib kerana mengganggu perancangannya menentukan pengganti Perdana Menteri, bahkan mungkin menjadi sesuatu yang menyakitkan hati Hishammuddin,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.