Followers

Saturday, May 9, 2015

Ketua Polis Dikecam Hanya Minat Siasat Pembocor Maklumat Penyeleweng Wang Tabung Haji

 Siasat maklumat urusniaga bukan menghukum pemberi maklumat - NOW




AKMAL: keutamaan siasatan adalah mengenai urusniaga itu sendiri kerana ianya melibatkan dana pencarum simpanan TH

KUALA LUMPUR: National Oversight and Whistleblowers (NOW) mempersoalkan tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat siasatan bagi mengesan identiti pemberi maklumat berkaitan pembelian tanah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji (TH).

Kata Pengarah NOW Akmal Nasir, tindakan tersebut adalah mendukacitakan sedangkan keutamaan siasatan adalah mengenai urusniaga itu sendiri.

“Tindakan pemberi maklumat tidak bernama mendedahkan dokumen berkaitan pembelian tanah 1MDB  oleh TH yang nilainya mencecah RM188 juta seharusnya diberikan pujian dan penghormatan.

“Namun, pengumuman oleh Khalid bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengesan identiti pemberi maklumat dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) adalah mendukacitakan sedangkan keutamaan siasatan adalah mengenai urusniaga itu sendiri kerana ianya melibatkan dana pencarum simpanan TH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Akmal lagi, pihak berkuasa seharusnya menjalankan siasatan bagi memastikan tiada unsur pecah amanah atau salah guna kedudukan dalam urusniaga ini, bukannya mencari jalan untuk menghukum pemberi maklumat.

NOW turut mengemukakan beberapa soalan terhadap Khalid berhubung tindakan beliau itu.

1.      Adakah tindakan untuk menyiasat identiti pemberi maklumat yang membocorkan dokumen urusan jual beli tanah 1MDB-LTH dibawah OSA adalah usaha untuk menyekat lebih banyak pendedahan maklumat berkaitan urus niaga berkaitan atau maklumat mengenai 1MDB?

2.      Apakah siasatan ini membuktikan sekali lagi bahawa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 atau Whistleblowers Protection Act (WPA) sebenarnya tidak efektif? Ini amat jelas apabila pemberi maklumat terdedah kepada tekanan akta-akta OSA atau Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA). Jelaslah bahawa pemberi maklumat di Malaysia berhadapan dengan hukuman sedangkan pendedahan mereka menyelamatkan dan memberi manfaat kepada orang ramai.

3.      Penjualan tanah tersebut oleh 1MDB yang sepatutnya dibangunkan tetapi dijual pada keuntungan yang berpuluh kali ganda kepada TH. Mengapakah hanya TH yang berminat atau diberi pilihan membeli tanah tersebut? Siapakah yang terlibat dalam proses urus niaga ini?

- astroawani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.