Mufti Perlis membangkitkan isu berkenaan
bukan kerana menyokong pembangkang tetapi kontroversi yang berlaku
melibatkan masa depan rakyat dan negara
Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, pengakuan TH membeli tanah dengan harga RM188.5 juta itu menambahkan lagi persoalan-persoalan yang gagal dijawab oleh kerajaan dengan jelas.
Katanya, persoalan tentang 1MDB, pengaruh Jho Low dan kemewahan hidup ‘wanita tertentu’ sehingga kini tidak dijelaskan dengan baik oleh pimpinan negara.
“Isu 1MDB yang dibangkit oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang membabitkan kehilangan puluhan billion yang masih misteri . Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu ‘kebal dan utuh’?
“Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu?” katanya.
Asri berkata, beliau juga berkongsi kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara seperti orang lain juga termasuk isu pembelian tanah oleh TH yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai ‘bail out’ 1MDB secara kecil-kecilan.
“Saya pun telah tanya rakan-rakan yang berada di pihak kerajaan. Tiada jawapan yang jelas dan memuaskan,” katanya.
Asri berkata, beliau membangkitkan isu ini bukan kerana menyokong pembangkang tetapi kontroversi ini melibatkan masa depan rakyat dan negara.
“Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini.
“Kasihanilah kami,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.