Followers

Saturday, May 23, 2015

Jangan berbalah-Najib

 
najib,umno

Menurut Perdana Menteri sokongan ke atas beliau penting bagi meneruskan agenda pembangunan negara.


GOPENG : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegur tindakan pihak tertentu yang memburuk-burukkan pemimpin kerana ia akan melemahkan parti.

Jelasnya, keadaan sebaliknya akan berlaku jika mereka memberi sokongan ke atas pemimpin kerana ia akan mengukuhkan parti.

Bagi tujuan itu, Najib yang juga Presiden UMNO, meminta semua pihak perlu mengelak daripada berbalah sebaliknya memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau.

Katanya, ia penting bagi beliau untuk meneruskan agenda pembangunan rakyat.

“Ini bukanlah ketika untuk kita berbalah sesama sendiri dan bukanlah masa untuk suruh orang meletak jawatan.

“Ini masa untuk kita bersatu, bermuafakat kerana kita sedang melalui banyak cabaran,” katanya ketika berucap pada majlis lawatan kerja beliau di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng, Perak.


-BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.