Saya diberi faham kenyataan yang berikut ini telah dikeluarkan oleh
sebuah agensi psy-war Kerajaan, kononnya untuk mencerahkan kekeliruan
Tabung Haji membayar harga tinggi dan lumayan untuk membeli tanah
kepunyaan 1MDB.
Jawapan dan komentar saya diselitkan dalam tulisan biru.
JANGAN POLITIKKAN TABUNG HAJI, BUKAN TABUNG HAJI BELI TETAPI ANAK
SYARIKAT TABUNG HAJI BELI TUJUAN PELABURAN DALAM PERNIAGAAN HARTANAH
Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji
membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk
menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang
bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang
bernilai RM 577 juta.
Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen
pendeposit-pendeposit TH. Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.
Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh
Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi
dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara
TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan,
beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar
pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda
dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?
My comments : Ini adalah jawapan yang paling bodoh yang hanya boleh
keluar dari otak orang yang kurang berpendidikan, tidak berpelajaran dan
tidak faham apa pun berkenaan perniagaan dan corporate structure atau
struktur syarikat. Juga agensi psy-war Kerajaan yang menulis penjelasan
ini cuba spin atau putar belitkan kenyataan untuk memperbodohkan orang
kampong.
Anak syarikat mesti ada ibu syarikat (parent atau holding company),
terutama sekali apabila ibu syarikat memegang 50% atau lebih saham anak
syarikat. Anak syarikat yang dipunyai 100% disebut 'wholly owned
subsidiary'.
Dengan secara otomatik, akaun anak syarikat yang dipunyai
lebih dari 20% sahamnya mesti digabungkan (consolidated) dengan akaun
ibu syarikat. Jika ibu syarikat pegang saham lebih 50%, maksudnya 'anak
syarikat' adalah tidak beza dari 'ibu syarikat'.
Modal untuk mulakan perniagaan 'anak syarikat' bukan jatuh dari pokok
mangga belakang rumah di kampong. Modal anak syarikat datang dari ibu
syarikat juga. Ibu syarikat yang kena tanggung kewangan 'anak
syarikat'.
Jika anak syarikat rugi, bankrap, kena saman hutang di mahkamah dsbnya
maka ibu syarikat, sebagai pemegang saham utama, akan turut tanggung
rugi.
Contoh yang paling senang untuk faham perkara ini adalah 1MDB. 1MDB
adalah anak syarikat Minister Of Finance Incorporated atau Perbadanan
MOF. 1MDB boleh pinjam duit atas jaminan 'ibu syarikat' MOF (Kerajaan
M'sia). Jika 1MDB bankrap, ibu syarikat terpaksa tanggung beban jaminan
serta turut kehilangan duit.
Kalau tidak begitu, cuba jelaskan kenapa ibu syarikat 1MDB ia itu MOF
Inc baru ini beri pinjaman tambahan RM950 Juta kepada 1MDB?Kenapa tidak
suruh 'anak syarikat' nya ia itu 1MDB pergi mampus saja?
Tanah yang dijual kepada TH itu pun bukan kepunyaan 1MDB tetapi dimilik
atas nama anak syarikat 1MDB (yang memang mempunyai banyak anak
syarikat).
Tetapi umum sedia faham pemilik yang sebenarnya adalah 1MDB.
Seterusnya umum juga sedia faham bahawa pemilik sebenarnya adalah MOF Inc ia itu Kerajaan Malaysia (wang rakyat Malaysia).
Jelas bahawa status anak syarikat tidak melepaskan ibu syarikat daripada tanggung jawab, tanggung rugi dsbnya.
Jadi tolonglah jangan tipu atau cuba klentong orang kononnya anak syarikat itu beza dan terasing dari ibunya.
Bloglist Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.