Beliau mengalirkan air mata ketika melihat
gambar arwah ibu bapanya dalam video penghasilan buku yang menceritakan
tentang kejayaan hidupnya.
Buku berjudul Coffee Table Hasan Malek Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat setebal 173 halaman itu diterbitkan oleh Kumpulan Utusan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu mengalirkan air mata ketika melihat gambar arwah ibu bapanya dalam video penghasilan buku itu, lapor Utusan Malaysia.
Hasan berkata, penerbitan buku itu bukan untuk bermegah dan berlagak sombong tetapi hanya untuk mengabadikan sejarah pengalaman sebagai guru sehingga menjadi seorang menteri.
“Ini merupakan satu penghormatan dan perlu diabadikan sebagai rujukan terutama kepada anak-anak bangsa, bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
“Penerbitan buku ini memberi nilai sentimental kepada saya. Terima kasih kepada Kumpulan Utusan yang boleh membaca hasrat dan cita-cita saya supaya dapat diikuti generasi muda,” katanya.
Buku itu memaparkan perjalanan Hasan sebagai pemimpin yang bermula sebagai guru, pegawai kerajaan, pemimpin belia, ahli politik sehinggalah menjadi wakil rakyat dan menteri Kabinet.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.