Followers

Wednesday, May 20, 2015

“Guan Eng, jangan sibuk serang orang saja” Faiz Zainudin

Setiausaha Agung DAP dinasihatkan supaya berhenti membuat kritikan kepada Abdul Hadi kerana tindakan beliau boleh mengeruhkan lagi hubungan PR. 

mahfuz-guan-eng

PETALING JAYA: Pas membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menuduh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penghalang utama pembentukan Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat (PR).

Datuk Mahfuz Omar berkata, Guan Eng sepatutnya berhenti membuat serangan terhadap kepemimpinan Pas terutamanya Abdul Hadi.

“Lebih baik Lim Guan Eng merujuk kepada Ketua Whip DAP, YB Loke Siew Fook dalam hal Kabinet Bayangan sebelum begitu sibuk menyerang orang lain.

“Semua pimpinan PR perlu kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan suasana damai dan harmoni,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Ketua Whip DAP, PKR dan Pas telah bermesyuarat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan berjaya mencapai kata sepakat.

Katanya, isu Kabinet Bayangan PR tidak berbangkit atas faktor keutamaan perlu diberikan kepada proses mereformasikan institusi Parlimen.

Dalam perkembangan sama, Mahfuz berkata, kesemua 21 Ahli Parlimen Pas telah dibahagi tugas masing-masing mengikut portfolio kementerian dalam pembentukan Jawatankuasa Parlimen PR.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.