Followers

Saturday, May 9, 2015

GST sedang ‘mengejar’ rakyat - Oleh Abd Shukur Harun

 
 
Isu GST ini akan menjadi isu dominan dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada di bandar mahupun luar bandar. 

Bahkan di luar bandar sentuhan GST dari segi harga barang yang digunapakai oleh penduduk luar bandar juga meningkat. Ini kerana syarikat pengangkutan, seperti syarikat lain juga, akan dikenakan GST. 

ISU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mendominasi pemikiran sebahagian besar rakyat Malaysia, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana. 

Golongan ini ialah yang merasakan tekanan GST ini, sementara golongan elit/mewah yang mendiami kawasan mewah di bandar besar tidak akan terasa dengan kedatangan GST ini. 

Ini kerana orang-orang besar ini tidak mengetahui harga barangan di pasar, sementara isteri mereka boleh jadi hanya sesekali pergi ke pasar dengan orang gaji dan pemandu. 

Biasanya, orang gaji atau pembantu dan pemandulah yang sering ke pasar untuk membeli keperluan dapur. Sementara ketika mereka berbelanja di kompleks membeli belah, persoalan harga tidak pernah difikirkan. 

Ambil saja dan bayar. Baju, seluar kasut, peralatan wanita dan apa saja, bayar di kaunter tanpa mempedulikan berapa kena GST dan sebagainya. Tetapi bagi rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah, “rempuhan” GST ini sangat membebankan mereka. 

Berbelanjalah di mana saja, GST sedang ‘mengejar’ rakyat semuanya jadi mangsa GST. Semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh dan Rompin, isu GST ini dibangkitkan dengan meluas. 

Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengingatkan pengundi keduadua PRK itu mengenai kesan GST ini kepada rakyat. Menurutnya, isyarat perlu disampaikan kepada Umno-BN bahawa rakyat menolak GST. 

Ini kerana ia sangat membebankan. Beliau bimbang, tidak mustahil kerajaan Umno-BN ini meningkatkan nilai GST pada tahun-tahun akan datang demi menampung keborosan hidup mereka dan juga hutang yang semakin menimbun. 

Bukan itu saja, kata Tuan Ibrahim. jika Umno-BN berjaya dalam dua PRK Permatang Pauh juga mungkin akan diambil kesempatan oleh Najib untuk menyatakan bahawa 1MDB tidak ada masalah dan menolak segala dakwaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Menurut Tuan Ibrahim hutang RM42 bilion oleh 1MDB mungkin akan dilupakan begitu saja. Segala pendedahan mengenai 1MDB tidak akan lagi diendahkan kerana Najib beranggapan rakyat tetap menyokongnya. 

Isu GST ini menjadi isu penting rakyat terutama pelaksanaannya di mana telah menjadi bahan kempen PRK Permatang Pauh dan juga Rompin. 

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato’ Johari Abdul menyifatkan kerajaan Umno-BN terus menerus menekan rakyat. Ini, katanya, berikutan tindakan kerajaan mengenakan GST ke atas hampir semua barangan termasuk beberapa barangan istimewa. 

“Betapa teruknya Umno- BN apabila mengenakan GST termasuk barang yang tidak masuk akal langsung. Antaranya lesung batu, pengayak tepung dan sudah tentu produk makanan. Dalam senarai panjang itu cuma lengkuas saja tidak dikenakan GST,” kata Johari dalam satu ceramahnya. 

Oleh itu, beliau mahu rakyat bandar dan luar bandar memahami kesan peningkatan kos hidup akibat pelaksanaan cukai tersebut dan rakyat perlu menolak GST ini. Isu GST ini akan menjadi isu dominan dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada di bandar mahupun luar bandar. 

Bahkan di luar bandar sentuhan GST dari segi harga barang yang digunapakai oleh penduduk luar bandar juga meningkat. Ini kerana syarikat pengangkutan, seperti syarikat lain juga, akan dikenakan GST. 

Maka tuan punya syarikat pengangkutan secara logiknya akan meningkatkan kadar sewa pengangkutannya. Ini bermakna sewa pelbagai jenis pengangkutan akan turut naik. 

Lebih-lebih lagi bagi penduduk luar bandar, harga barangan keperluan akan lebih jauh meningkat, justeru kerana jauh perjalanan, maka sewa pengangkutan pun akan jadi mahal. 

GST akan “mengejar” rakyat di mana-mana dan siapa pun. Maka mereka yang berkata bahawa kononnya GST tidak membebankan rakyat akan termasuk dalam istilah “bebalisme,” suatu istilah yang dicipta oleh Allahyarham Prof Dr Syed Hussein al-Attas. 

Istilah bebalisme ini satu rumpun dengan kebodohan, kedangkalan, kedunguan. Maknanya mereka yang memiliki kebodohan dan kedegilan, menyokong secara membuta tuli dan sebagainya adalah terangkum dalam istilah bebal. 

Oleh itu, mereka yang menyokong GST, malah menyifatannya sebagai “tidak membebankan rakyat,” maka tokoh itu mempunyai watak “bebal tahap tinggi.” Mungkin ramai yang berkepentingan menyatakan GST tidak membenankan rakyat. 

Tetapi itulah yang terjadi, disebabkan atas pelbagai kepentingan. Walau bagaimanapun majoriti rakyat tetap menentang GST kerana ia sangat membebankan rakyat. Cuma masalahnya di sini ialah rakyat belum dapat penerangan yang luas dan seimbang mengenai GST ini. 

Iaitu bagaimana GST ini sangat membebankan rakyat. Penerangan pula mestilah dilakukan secara mudah, supaya rakyat biasa mudah faham dengan memberikan contoh yang mudah pula. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.