Followers

Friday, May 29, 2015

Gerakan desak Parlimen tolak RUU hudud FMT Reporters

 
andy wong,hudud

Parlimen berhak menolak RUU berkenaan hudud kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

PETALING JAYA: Gerakan mendesak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau enakmen hudud di Kelantan daripada dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong berkata, Dewan boleh menolak RUU itu kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.

“Mengikut Seksyen 49(2) Peraturan Parlimen, sekiranya terdapat RUU yang tidak selari dengan undang-undang Persekutuan, pihak sekreteriat sepatutnya menolak,” katanya dalam dalam kenyataan media.

Yong berkata, ada sesuatu yang tidak kena sekiranya Parlimen membenarkan RUU berkenaan hudud itu dibentangkan.

Katanya, jika sebelum ini Parlimen menolak Akta Kerangkuman Sosial daripada dibentangkan dan tindakan sama patut dilakukan terhadap RUU berkenaan hudud yang cuba dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, Undang-undang Persekutuan perlu diubah sekiranya RUU itu dibentang dan diluluskan.

FMT pada Khamis melaporkan Pandikar Amin sedang menunggu ‘lampu’ hijau’ daripada kerajaan untuk membenarkan Hadi membentangkan RUU berkenaan hudud di Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.