Followers

Monday, May 18, 2015

Final Piala FA, K'tan umum cuti 24 Mei

 
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini mengumumkan Ahad, 24 Mei sebagai cuti peristiwa bagi negeri Kelantan bersempena perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan wakil Singapura Lions
XII.

Beliau berkata cuti itu bagi memberi kemudahan kepada anak-anak Kelantan untuk pulang ke negeri ini dengan selesa dan tidak tergesa-gesa selepas menyaksikan perlawanan akhir itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

"Pihak kerajaan negeri Kelantan sangat mengutamakan aspek keselamatan para penyokong pasukan bola sepak Kelantan yang akan hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA musim 2015 edisi ke-26 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei (Sabtu) nanti.

"Jaga keselamatan di jalan raya dan jangan berlumba-lumba untuk cepat sampai memandangkan ruang masa masih panjang untuk perjalanan pulang," katanya dalam kenyataan di Kota Bharu hari ini.

Beliau juga menasihatkan para penyokong dari Kelantan dapat membawa semangat kesukanan yang tinggi ketika menonton perlawanan tersebut.

"Harapan saya agar penyokong Kelantan dapat membawa roh riadah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika dan insiden yang tidak bermoral," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad turut menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA musim ini.

Kelantan, juara pada 2012 dan 2013, meraih kemenangan selesa 3-1 pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi untuk mara ke pentas final buat kali kelima dengan agregat 3-2.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.