Followers

Sunday, May 17, 2015

Dr Mahathir bertahan 22 tahun kerana syarat pemilihan Umno, kata Najib OLEH JAMILAH KAMARUDIN

 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) semasa 'Bicara Negara bersama Tun Mahathir' di Hotel Tower, Regency Ipoh, Perak hari ini.– 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) semasa 'Bicara Negara bersama Tun Mahathir' di Hotel Tower, Regency Ipoh, Perak hari ini.– 

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi melancarkan kritikan balas terhadap serangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya dengan berkata, bekas perdana menteri itu mampu kekal 22 tahun menerajui Umno kerana halangan perlembagaan parti ketika itu, yang memerlukan sekurang-kurangnya 63 undi ketua bahagian bagi merebut jawatan tertinggi itu.

"Kalau dahulu hendak cabar presiden, mesti ada undi 63 ketua bahagian, jadi Tun Mahathir bolehlah kekal 22 tahun guna perlembagaan itu," katanya di majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di Klang hari ini.

Menurut Najib, dirinya masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu, malah beliau menang tanpa bertanding.

Dr Mahathir sebelum ini menggesa Najib meletak jawatan berikutan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilanda hutang mencecah RM42 bilion, di samping pelbagai masalah lain.

Di Ipoh hari ini, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi desakan itu.
 
"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah," katanya ketika berucap di majlis Bicara Negara di Ipoh, Perak.

Najib berkata masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu. – 

Najib berkata masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu. – 

Bagaimanapun, Najib mempersoalkan desakan Dr Mahathir itu, dan berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat beliau perlu kekal.

"Presiden PAS pun faham kata saya tidak patut turun.

"Saya ini dah dipilih melalui sistem sedia ada dan demokrasi. PAS pun faham," katanya. – 16 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Dr Mahathir bertahan 22 tahun kerana syarat pemilihan Umno, kata Najib

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) semasa 'Bicara Negara bersama Tun Mahathir' di Hotel Tower, Regency Ipoh, Perak hari ini.– Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Mei, 2015. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) semasa 'Bicara Negara bersama Tun Mahathir' di Hotel Tower, Regency Ipoh, Perak hari ini.– Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Mei, 2015. Datuk Seri Najib Razak sekali lagi melancarkan kritikan balas terhadap serangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya dengan berkata, bekas perdana menteri itu mampu kekal 22 tahun menerajui Umno kerana halangan perlembagaan parti ketika itu, yang memerlukan sekurang-kurangnya 63 undi ketua bahagian bagi merebut jawatan tertinggi itu.
"Kalau dahulu hendak cabar presiden, mesti ada undi 63 ketua bahagian, jadi Tun Mahathir bolehlah kekal 22 tahun guna perlembagaan itu," katanya di majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di Klang hari ini.
Menurut Najib, dirinya masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu, malah beliau menang tanpa ‎bertanding.

Dr Mahathir sebelum ini menggesa Najib meletak jawatan berikutan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilanda hutang mencecah RM42 bilion, di samping pelbagai masalah lain. Di Ipoh hari ini, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi desakan itu.
"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah," katanya ketika berucap di majlis Bicara Negara di Ipoh, Perak.
Najib berkata masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Mei, 2015.Najib berkata masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda perlembagaan Umno yang membolehkan presiden dicabar tanpa undi minima itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Mei, 2015.
Bagaimanapun, Najib mempersoalkan desakan Dr Mahathir itu, dan berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat beliau perlu kekal.
"Presiden PAS pun faham kata saya tidak patut turun.
"Saya ini dah dipilih melalui sistem sedia ada dan demokrasi. PAS pun faham," katanya. – 16 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-bertahan-22-tahun-kerana-syarat-pemilihan-umno-kata-najib#sthash.HC9w3ox3.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.