Followers

Wednesday, May 27, 2015

Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia..


Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia. Bermula September, Malaysia Airline System Bhd, syarikat yang dikenali rakyat Malaysia sebagai syarikat penerbangan negara sejak 1972, tidak lagi wujud.

Ia sebaliknya akan digantikan dengan sebuah syarikat baru, Malaysia Airlines Bhd, dimiliki sepenuhnya Khazanah Nasional sebelum rancangan penyenaraian semula di Bursa Malaysia menjelang 2019 .

Ini bukan kali pertama MAS tertakluk kepada pelan pemulihan atau usaha menyelamatkan syarikat penerbangan itu. Ia berlaku beberapa kali sepanjang 22 tahun, bermula 1994.


Bagaimanapun, ini merupakan rancangan penyusunan semula yang paling komprehensif dialami MAS, yang akan melibatkan pengurangan besar-besaran laluan perjalanan udara dan tenaga kerja, mungkin menjadikannya sekadar syarikat penerbangan serantau.

Tetapi ini hanya akan berfungsi jika kerajaan dan mereka yang menerajui rancangan penyusunan semula ini mengambil pengajaran dari pengalaman lampau.

Semuanya bermula pada 1994 apabila ahli perniagaan Tan Sri Tajudin Ramli mengambil pinjaman daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan berjumlah RM1.79 bilion dan kemudian menggunakannya membeli saham utama dalam MAS, satu langkah yang terpaksa ditanggung kerajaan akibatnya kira-kira tujuh tahun kemudian.

Ketika itu, Tajudin selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS, terjejas teruk oleh krisis kewangan Asia 1997.

Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia

Dan kerajaan akhirnya membeli semula saham MAS dari Tajudin pada RM8 seunit – harga yang sama Tajudin bayar tujuh tahun sebelumnya. Perbezaannya kali ini cuma, MAS dalam keadaan hampir muflis.

Ia kerugian RM256 juta pada tahun kewangan berakhir 1998 dan menjelang tahun fiskal berakhir 2000, ia rugi RM255.7 juta lagi selepas kerugian cukai. Apabila kerajaan membeli balik saham yang berkepentingan daripada Tajudin, harganya di pasaran hanya RM3.68 seunit.

Syarikat berkaitan kerajaan, Danaharta, akhirnya memilih penyelesaian di luar mahkamah dengan Tajudin walaupun memenangi kes undang-undang itu ke atas RM589 juta pinjaman dibuat Tajudin kepada syarikat itu.

Kembali dalam tangan kerajaan, MAS melaporkan kerugian RM1.3 bilion pada 2005, menyebabkan satu lagi pelan pemulihan yang menyaksikan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai CEO baru.

Ramai melihat pemilihan Idris membawa sinar harapan kepada syarikat yang mengalami kerugian setiap tahun itu.


Pada 2007, ia mencatatkan keuntungan RM852 juta, tertinggi dalam sejarah MAS, dan disusuli dengan keuntungan RM522 juta pada 2009, sebelum Idris mengambil alih sebagai CEO Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.