Followers

Saturday, May 2, 2015

Bekas Menteri Umno Berkempen Untuk PKR Di Permatang Pauh

 

Bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar sekali lagi berkempen untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh, tidak lama selepas melakukan perkara sama semasa presiden PKR itu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tahun lalu.

Bekas ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal itu masih mempunyai pengaruh kuat terutamanya di kalangan Melayu selepas dipecat Umno semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu kerana bertanding sebagai calon bebas.

"Kak Wan (Dr Wan Azizah) adalah calon yang amat prihatin.

 
"Saya harap tuan-tuan dan puan-puan pengundi dalam Parlimen Permatang Pauh akan guna hak ini untuk undi Kak Wan, calon nombor 3 (atas kertas undi) pada 7 Mei ini," kata Shariff yang pernah menyandang jawatan timbalan ketua menteri Pulau Pinang pada 90-an, semasa ceramah di tapak ekspo Seberang Jaya malam tadi yang dihadiri kurang daripada 300 orang.

 
Sementara itu, aktivis mahasiswa Fahmi Zainol (gambar, kanan) mengggunakan pentas ceramah semalam menegaskan sekali lagi yang beliau tidak pernah berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin.

Menurutnya, beliau sebelum ini cuma meninjau kempen BN di Kampung Tok Elong, Permatang Pauh sebelum bergambar dengan Suhaimi.

"Saya nak jelaskan saya tak pernah berkempen untuk calon BN malah saya berkempen untuk Kak Wan hari ini," katanya.

Fahmi digantung dua semester dan didenda RM600 pada Disember 2014 oleh Universiti Malaya kerana menganjurkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kawasan kampus tanpa kebenaran.

Ceramah yang dianjurkan semalam itu dihadiri oleh kurang daripada 300 orang.

PRK Permatang Pauh pada 7 Mei akan datang diadakan selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. – tmi


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.