Followers

Sunday, May 10, 2015

Azmin: Saya cuma tanya, bukan tuduh

 
 

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan membuat tuduhan terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar bawah) semasa ceramah di Permatang Pauh baru-baru ini.

Mohamed Azmin berkata beliau hanya melontarkan soalan kepada Khalid dan menyerahkan salinan rakaman ceramah itu kepada peguamnya.

"Adakah sekarang soalan pun tak boleh? Adakah saya perlu memohon maaf untuk bertanya soalan?" katanya kepada media selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar sekolah Tamil yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah di Shah Alam hari ini.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan beliau yang dikatakan menghina Khalid dengan menggelarnya "barua UMNO" semasa ceramah politik menjelang pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh, baru-baru ini.

Mohamed Azmin juga mendakwa kenyataan berkenaan hanya ditujukan kepada IGP dan bukan seluruh pasukan polis.

Dalam perkembangan lain, menteri besar berkata, kerajaan negeri mahu projek Langat 2 disiapkan mengikut jadual dan kerajaan pusat sepatutnya memenuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan.
  
Kata Mohamed Azmin, penstrukturan semula bekalan air di Selangor perlu diselesaikan dengan baik dan kerajaan negeri mempunyai pilihan lain bagi memastikan bekalan air mentah dan terawat mencukupi di negeri itu.

Rabu lalu Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga Holdings Bhd Tan Sri Rozali Ismail berkata, isu berkaitan penstrukturan semula industri air perlu diselesaikan secepat mungkin bagi mengelak gangguan ketika rizab semasa menunjukkan ia di bawah lima peratus.


- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.