Followers

Monday, May 25, 2015

Azalina bikin kecoh lagi - FMT Reporters

 
azalina,azizah

Bekas Menteri Belia dan Sukan berkata dia kesian dengan Wan Azizah yang dipergunakan oleh suaminya untuk kepentingan politik.


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Datuk Seri Azalina Othman Said menuduh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipergunakan oleh suaminya untuk kepentingan politik.

Ahli Parlimen Pengerang itu ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke11 (RMK11) pada Isnin, berkata, beliau kasihan kepada Wan Azizah kerana diperlakukan begitu.

Kenyataan Azalinan itu mendorong Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, bangun mencelah dan mempertahankan Wan Azizah yang telah membuktikan kemampuannya sebagai ahli politik.

Katanya, hujah-hujah Azalina itu bersifat jumud kerana Wan Azizah dipilih sebagai Ketua Pembangkang berdasarkan kelayakan bukan kerana simpati.

Ahli Parlimen Lengong, Shamsul Anuar Nasarah pula mencelah dan mendakwa pelantikan Wan Azizah tidak dipersetujui semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Tiga Ahli PR iaitu Ahli Parlimen Kapar, Ampang dan Shah Alam membantah kenyataan itu sehingga menimbulkan kekecohan.

Mereka tidak mempedulikan arahan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee supaya semua ahli dewan diam dan duduk.

Kekecohan berakhir apabila Azalina meneruskan perbahasan sehingga tamat dan tidak memberi peluang ahli dewan mencelah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.