Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) menuntut pihak berkuasa menyiasat dakwaan transaksi meragukan Tabung Haji kerana ia boleh menjejaskan peluang umat Islam menunaikan rukun Islam.
“ABIM menuntut satu siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa seperti polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
“Siasatan ini bagi memastikan kebenaran laporan yang tersebar ini,” kata presidennya Amidi Abd Manan (manan).
Amidi juga berkata, jika dakwaan itu benar, ia lebih buruk daripada skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), kerana menggunakan duit tabungan bakal jemaah.
Sementara itu, ABIM juga membuat laporan polis berhubung dakwaan pembelian tanah 1Malaysia Developement Bhd (1MDD) oleh Tabung Haji dengan harga terlalu tinggi.
Lapor polis
Setiausaha agung NGO itu Muhammad Faisal Abdul Aziz (bawah) berkata jika benar keadaan sekarang amat membimbangkan kerana ia melibatkan transaksi “meragukan” serta boleh merugikan pendeposit.
Malah, dakwanya, ia didakwa dibuat ketika syarikat pelaburan kontroversi negara itu masih dalam siasatan jabatan audit negara.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Twitter menafikan dakwaan itu dan berkata akan mengeluarkan kenyataan rasmi secepat mungkin.
Ia merujuk kepada tulisan sebuah blog Thebenchmark0 bertarikh 5 Mei yang mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang tanah projek Tun Razak Exchange (TRX).
Blog tersebut mendakwa, ia dibeli dengan harga RM194 juta (RM2,860 sekaki persegi) RM578 juta (RM3,900 sekaki persegi) sedangkan 1MDB didakwa mendapatkannya hanya dengan kos RM90 sekaki persegi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.