Followers

Saturday, May 23, 2015

Apa yang kecoh isu PM vs TPM?

   





Beberapa hari lepas timbul kekecohan besar di kalangan para pengulas politik negara.

Saya tidak sedar akan kekecohan ini sehingga saya menerima pautan internet yang dikongsi oleh sahabat saya di Whatsapp, yang menunjukkan klip video tujuh minit YAB timbalan perdana menteri, sewaktu beliau memberi ucapan sempena sesi latihan pemimpin bahagian Umno baru-baru ini.

Klip video yang di hantar di ruangan Whatsapp itu juga disertakan bersama satu komen yang mendakwa TPM bertelagah pendapat dengan YAB perdana menteri mengenai isu 1MDB. Dari situ barulah saya sedar akan segala kekecohan yang timbul!

Saya rasa saya menonton klip video itu lebih dari lima kali, bagi menentukan sekiranya ada sebarang kebenaran terhadap dakwaan tersebut. Namun, saya tidak melihat banyak perbezaan pandangan PM dan TPM mengenai isu 1MBD.

Berikut adalah pemerhatian saya selepas membandingkan apa yang diucapkan oleh TPM dalam klip video dan apa yang telah PM nyatakan secara terbuka sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.