Followers

Friday, May 1, 2015

Anwar fail permohonan kaji semula hukuman penjara - Oleh : Adam Abu Bakar


anwar pertibang

Anwar Ibrahim memohon mahkamah mengetepikan hukuman penjara yang dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan memohon mahkamah membebaskannya dari penjara.


PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan pendengaran baharu supaya mahkamah mengkaji semula hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Dalam permohonan itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon supaya hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan diketepikan.

Sehubungan itu, Anwar memohon mahkamah membebaskannya dari hukuman itu.

Peguam, N.Surendran yang mewakili Anwar telah memfailkan permohonan berkenaan di Mahkamah Pesekutuan Putrajaya kira-kira jam 11 pagi pada Khamis.

Surendran berkata, mengikut peraturan 137, Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995, Anwar boleh memohon kepada mahkamah supaya setiap keputusan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan disemak semula.

“Permohonan ini jika diterima akan membolehkan barisan panel hakim baru mendengar kes itu,” katanya.

Surendran berkata, bersama-sama permohonan itu dilampirkan enam salinan Notis Usul dan Afidavit Sokongan sebanyak 10 muka surat yang diikrarkan oleh Anwar pada 29 April.

Turut hadir bersama Surendran, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.