Followers

Monday, May 18, 2015

ANTARA SEBAB UTAMA MENGAPA DAP TOLAK RUU YANG DIBAWA OLEH PAS..

 Inilah sebabnya kenapa DAP mangkuk hayun tu tolak sangat RUU yang di bawa PAS..!!

 

sekadar gambar hiasan
1. Ianya tidak dibincangkan di dalam Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat kerana DAP juga mempunyai pimpinan beragama islam yg pakar di dalam bidang Maqasid Syariah..

2. Apa2 pindaan yang melibatkan perlembagaan negara dan peruntukan yang sedia ada wajar dibincangkan bersama di dalam Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat.

3. Hukuman yg dijalankan oleh Makamah Syariah yang sedia ada 6:5:3 tidak menepati tuntutan Syarak serta menzalimi persalah..

4. Hukum denda RM 5000 tidak adil kerana golongan kaya mampu membayar denda tersebut walaupun didenda berkali-kali..

5. Hukum sebat yg dijatuhkan oleh Makamah Syariah adalah Zalim dan tidak menepati Syarak.. Perlaksanaan hukum sebat dalam Makamah Syariah Malaysia mengikut hukum sebatan Makamah Civil di mana hukum 6 sebatan boleh menghancurkan daging punggung persalah hingga berlaku kecacatan kekal..

7. Justeru itu sedari dahulu lagi DAP menentang HUDUD yang cuba di bawa oleh PAS kerana sistem hukuman 6:5:3 memberi kelonggan kepada golongan kaya dari segi pembayaran denda dan menzalimi pesalah syariah dengan undang2 sebatan ciptaan penjajah..

8. Bagi DAP apa yg perlu di bawa oleh PAS dalam menegakkan Hudud adalah dari segi kaedah dan medium perlaksanaan Hukuman tersebut..

Contoh :

i ) Dari segi tahun Hukuman Penjara - Harus bersesuaian dengan usia dan ekonomi persalah juga ahli keluarga yg berada di bawah tanggungan persalah, dari segi kesihatan dan fizikal persalah.. Jika mempunyai tangungan maka Baitulmal wajib menyara keluarga persalah selama mana persalah menjalani hukuman penjara.

ii ) Keadaan Penjara harus lebih bersih dan teratur, juga tiada penderaan fizikal dan mental..Penjara adalah pusat pemulihan bukannya tempat yg penuh dgn kekotiran dan kehinaan.

iii) Dari segi hukuman denda ( dalam nilai RM ) - Harus mengambil kira faktor ekonomi persalah juga tanggung mereka kerana DAP tidak mahu golongan kaya terlepas bebas kerana mereka mampu membayar seberapa banyak jumlah nilaian denda tersebut..

iv ) Dari segi hukuman sebatan di negara kita ianya mengikut hukuman sebatan makamah civil. Di mana walaupun hanya dengan 6 sebatan yg sedia sekarang ni pun sudah mampu menghancurkan daging2 punggung persalah sehingga mencacatkan fizikal mereka apatah lagi jika jumlah sebatan tersebut ditambah seperti mana cadangan yang PAS usulkan..

v ) PAS Harus buktikan bahawa di dalam perlaksaan hudud yg mereka bawa hukuman sebatan benar2 menepati syariat islam dan mengikut kaedah yg diajar oleh Rasulullah s.a.w bukannya mengikut hukuman sebatan makamah civil ( Penjajah )

HUDUD adalah untuk mendidik dan mencari keadilan bukannya utk menghukum dan mendera..

 
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.