Followers

Saturday, May 23, 2015

Anggota UKK parah kena simbah asid FMT Reporters

 
anggota ukk

Kejadian berlaku ketika mangsa cuba menangkap tiga penjenayah yang cuba memecah masuk kedai kosong di Jalan Sungai Korok, dekat Alor Setar


ALOR SETAR: Seorang anggota Pertubuhan Unit Kawalan Keselamatan (UKK) Kota Setar cedera parah di mata dan muka akibat disimbah asid.

Ketika itu mangsa dikatakan cuba menangkap tiga penjenayah yang cuba memecah masuk kedai kosong di Jalan Sungai Korok.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang Jumaat, anggota yang berusia dalam lingkungan 50-an terserempak oleh suspek yang tiba-tiba keluar dari pintu belakang premis dan cuba melarikan diri.

Memetik laporan Harian Metro Online, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi rawatan lanjut.

Sejurus selepas insiden itu, ketiga-tiga suspek termasuk wanita berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan oleh kira-kira 40 anggota UKK yang turut berada di lokasi kejadian bagi mengepung kawasan berkenaan sebelum kehadiran polis.

Menurut pemilik premis yang enggan dikenali, dia diberitahu rakannya bahawa kedai tiga tingkat miliknya dipercayai dipecah masuk kira-kira sejam sebelum kejadian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.