Followers

Tuesday, May 26, 2015

Alasan CEO 1MDB tak masuk akal, kata Bung Mokhtar Mohamad Fadli

 
bung-moktar-parliament

PAC juga seharusnya menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Arul dan Shahrol hadir ke prosiding itu.

KUALA LUMPUR: Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy, yang tidak dapat hadir sesi pendengaran oleh Jawatan kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sepatutnya diadakan pada Selasa (26 Mei).

Beliau berkata, alasan yang diberikan Arul itu tidak masuk akal ketika rakyat mahu mengetahui apa sebenarnya sedang berlaku dalam syarikat 1Malaysia Berhad Development (1MDB).

“Dia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh PAC dan polis.

“Dia patut mengetahui mesyuarat itu sangat penting untuk dihadiri dan memberitahu apa yang berlaku dalam 1MDB,” katanya di Parlimen.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, PAC juga seharusnya menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Arul dan Bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi, hadir ke prosiding itu.

Bung Mokhtar berkata, beliau berharap perkara itu diselesaikan segera agar tidak menimbulkan pelbagai kekeliruan.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Isnin memakkumkan pihaknya terpaksa menangguhkan pertemuan dengan CEO 1MDB kerana Arul Kandasamy berada di luar negara atas tugas rasmi.

Manakala bekas CEO 1MDB, Shahrol, pula meminta masa tambahan sehingga bulan hadapan untuk menyediakan diri berhadapan dengan perbicaraan PAC.

Pada masa sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang turut menyelar tindakan Arul dan Shahrol yang tidak dapat hadir dalam mesyuarat siasatan PAC itu.

Tegas Kit Siang, sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan kepada mesyuarat itu dan bukannya memberi pelbagai alasan.

“Siasatan ini sangat besar dan penting dan tidak seharusnya Arul dan Shahrol memberi alasan sedemikian,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.