Followers

Saturday, May 9, 2015

Akhirnya Khidmat YB Rafizi Ramli Diperlukan ??

1MDB & Tabung Haji Kantoi Lagi - Muhyidin, Mahathir & Rafizi Bergabung Dedahkan Rahsia Skandal 1MDB - Tabung Haji.

WOW!!!

Korang mesti baca pendedahan-pendedahan yang disebut oleh Mahathir dan Rafizi. Seperti yang aku dah sebut pada awalnya disini ;


Kat situ ada aku hurai pendapat aku. Penjualan tanah itu bukan la dalam erti kata 1MDB 'nak jual tanah' atau Tabung Haji 'nak beli tanah' atas nama pelaburan dalam perniagaan.
Sebaliknya, penjualan tanah-tanah itu adalah sebagai MASK untuk mengaburi niat sebenar mereka. Urusniaga itu digunakan sebagai TOPENG bagi menghalalkan wang yang keluar dari TH berpindah ke 1MDB.

Satu persoalan yang aku fikir-fikir. Memang ada kaitan juga. Urusniaga itu dikatakan TH perlu membayar jumlah penuh pada tempoh tertentu. So faham-faham la. Bayaran sekaligus. Maka, bila digabungkan dengan pendedahan Rafizi memang masuk akal.

Baca jap point Mahathir ;

TABUNG HAJI

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

Jika tidak dapat diam sajalah..

---------------

Dan ini pula point Rafizi ;


Kesimpulan ;

1. 1MDB takde duit nak bayar faedah banyak-banyak
2. Tapi 1MDB pinjam banyak-banyak dengan faedah yang tinggi.
3. Konon atas alasan nak buat melabur berjuta-juta.
4. Untung tidak malahan rugi.
5. Jika untung kenapa sibuk cairkan aset satu persatu?
6. Jika untung kenapa kerajaan perlu bailout menggunakan dana 950 juta? Bukan pinjaman tetapi dana. Maksudnya bagi terus sebagai modal perniagaan.
7. Walaupun rugi pinjaman tetap kena bayar.
8. Faedah-faedah pun 1MDB perlu tanggung.
9. Maka jual la tanah pada Tabung Haji.
10. Tak mungkin secara kebetulan, nilai jualan 1 1/2 ekar tanah milik 1MDB sama nilai dengan jumlah faedah yang 1MDB perlu bayar.
11. Kita manusia ada otak, ada akal. 

Lue fikirlah sendiri.

Dalam pada itu. Mujhyiddin pun dah mula buka gelangang. Tengok la statement terbaru dia neh hah ;


Point power ;

1. Punca kekalahan di Permatang Pauh kerana 1MDB (padahal isu GST)

2. Tatau nak jawab apa ketika berkempen

3. Rakyat mahu tahu tetapi tapi Muhyiddin tidak tahu memberikan penjelasan

4. Perkara ini serius dan mungkin memberi kesan kepada kelangsungan BN pada PRU yang mendatang.

Kesimpulan?

Muhyiddin orang no 2 dalam pentadbiran dan BN itu sendiri. Kalau orang no 2 pun buntu apatah lagi no 3 dan seterusnya. Lagi la haru nak kumpul alasan demi memperbodohkan rakyat. Nampak sangat isu 1MDB neh ialah isu yang merugikan wang rakyat.

Dah kalau timbalan perdana menteri pun tatau nak kata apa (enggan berkompromi menyokong tindakan Tabung Haji + 1MDB) maka jelaslah, bibit2 perpecahan dan bibit2 babai Najib dan Rosmah forever ever tengah berjalan secara strategiknya.

KAH KAH KAH




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.