Followers

Sunday, May 3, 2015

Ahli Parlimen, aktivis tonton perlawanan Mayweather-Pacquiao sementara tunggu polis

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menunggu 4 jam bagi pegawai penyiasat untuk tiba memulakan soal siasat terhadapnya serta Fariz Musa

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menunggu 4 jam bagi pegawai penyiasat untuk tiba memulakan soal siasat terhadapnya serta Fariz Musa.

Dua ahli Parlimen dan seorang aktivis sempat menonton perlawanan tinju terbesar hari ini sementara menunggu polis dari awal pagi untuk disoal siasat tentang perhimpunan Hari Pekerja pada Jumaat.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ditahan bersama ahli sekretariat #KitaLawan Fariz Musa pagi ini – selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk disoal siasat tentang peranan mereka dalam perhimpunan tersebut berkata mereka sedang menunggu pegawai penyiasat (IO) tiba.

“Ramai pegawai di sini tetapi IO masih belum sampai. Kami menonton CSI (Crime Scene Investigation) kemudian perlawanan tinju antara Floyd Mayweather dan Manny Pacquaio,” kata Khalid.

Khalid dan Fariz berada di balai polis selama 4 jam sementara Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang yang dikenali sebagai Tian Chua dibawa ke sana hampir 12 jam lalu. – 3 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.