Followers
Sunday, May 10, 2015
ADA KAH PM NAJIB AKAN MENGUNDURKAN DIRI?
Jadikah Najib nak umum sesuatu Isnin ini?
APA KAH PENGUMUMAN PENTING YANG AKAN PM NAJIB UMUMKAN?
Khabarnya Isin nanti Najib Razak akan sekali lagi membuat penjelasan berhubung beberapa isu yang bergentayangan kini terutamanya apa yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir Mohamad. Katanya, kali ini Najib tidak lagi akan bersikap mempertahankan dirinya semata-mata tetapi akan turut sama menyerang Dr Mahathir.
Najib Razak sudah selesema teruk.
Dalam pada itu ada juga maklumat yang Najib akan membuat pengumuman penting pada Isnin ini. "Tunggulah ada sesuatu kejutan daripada Najib," begitulah sebut sumber kepada saya. Sumber itu juga menyebut Najib akan mula menjawab Mahathir secara terbuka, opensif. Terbuka dimaksudkan Najib akan mendedahkan apa yang Mahathir lakukan selama 22 tahun menjadi PM.
Mengenai kesuspenan Isinin ini, apakah ianya mengenai kedudukan Najib sebagai perdana menteri? Saya bersoal demikian, tetapi sumber itu tidak menjawab menyebabkan saya mentafsirkan apa yang Najib hendak perkatakan Isnin ini sesuatu yang sangat penting mengenai dirinya dan bakal meletup dalam Umno.
Jika diukur dengan sikap diambil timbalannya kini, Muhyiddin Yassin ada munasabahnya kalau Najib mengumumkan sesuatu yang mengejutkan. Muhyiddin telah melahirkan rasa bingung dan kesal terhadap isu yang sedang menghangat kini. Rasa bingung dan kesal itu tentulah kepada Najib.
Bukan itu sahaja edah untuk Najib telah pun tamat. Sebelum Mahathir katanya memberi tempoh untuk Najib berfikir meletakkan jawatan selepas selesai laki Rosmah anak Razak itu menguruskan perkahwinan anaknya. Katanya Najib telah setuju dengan pelan penurunannya dari kerusi PM, tetapi minta tangguh kerana dia tidak mahu jadi seperti bekas MB Terengganu Ahmad Said, dimana berkenduri kahwin anak tanpa jawatan MB. Najib, sebenarnya Rosmah yang mahukan kenduri anaknya diraikan sebagai kenduri negara.
Muhyiddin semakin tidak senang dengan Najib kerana beberapa isu yang berlegar di sekitar PM itu menjadi-jadi ketidaktentuannya. Antara isu ialah 1MDB, dan terbaru terbongkarnya "skandal" pembelian tanah oleh Tabung Haji bernilai RM188.5 juta sebagai "bail out", untuk menyelamatkan 1MDB. Menurut Rifizi Ramli jumlah penjualan tanah secara "kekasih" itu cukup untuk membayar bunga hutang yang ditanggung oleh syarikat strategik yang dinaungi Najib itu.
Muhyiddin mungkin kesal dan kecewa kerana sebelum ini beliau sudah memberi amaran agar wang awam tidak digunakan untuk selamatkan 1MDB. Amaran Muhyuddin tidak dipedulikan dan Najib rakus menggunakan kuasanya, apabila suntikan sebanyak hampir RM100 juta kepada 1MDB.
Muhyiddin juga sudah mengeluh kenapa mereka terlibat sehingga syarikat pelaburan itu menanggung kerugian sehingga RM42 billion tidak dikenakan apa-apa tindakan atau didakwa atau pun ahli lembaga pengarahnya dipecat. Keluhan Muhyiddin itu menggambarkan TPM itu juga sudah naik meluat kepada pentadbiran bosnya. Sebenarnya serangan hendap Muhyiddin ke atas Najib sudah pun bermula.
Serangan terbaru Muhyiddin kepada Najib itu dilihat munasabah kalau Isnin ini Najib membuat pengumuman mengejutkan mengenai kedudukannya. Banyak orang berharap Najib tidak menjelas sebagai menjawab Mahathir itu secara rakaman tetapi secara live. [wmk.kl.9:28 am 09/05/15]
Posted by mso.im
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.