Followers

Wednesday, May 13, 2015

6 bank mahu 1MDB bayar segera RM3.5 bilion selepas langgar syarat, lapor akhbar

 
1Malaysia Development Berhad kini berdepan dengan masalah baru apabila terpaksa menjelaskan hutang AS$975 juta empat bulan sebelum tarikh akhir.


Masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berterusan lagi, yang terkini apabila ia perlu menjelaskan hutang AS$975 juta (RM3.52 bilion) empat bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya, lapor harian perniagaan Singapura, Business Times.

Enam bank diketuai Deutsche Bank kini dalam usaha memaksa syarikat itu menyelesaikan hutangnya kerana pinjaman itu dicagarkan menerusi AS$1.103 bilion milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky, wang yang kini disimpan di sebuah bank swasta Switzerland di Singapura, BSI Singapore Bank.

Business Times melaporkan enam bank tersebut mula risau ekoran dokumen cagaran Brazen Sky didakwa "tidak lengkap" kerana tidak memenuhi syaratnya, dan ini membolehkan konsortium bank tersebut menuntut hutang lebih awal sebelum akhir Ogos.

"Susulan kontroversi ini, apa yang pada awalnya dianggap sebuah pinjaman yang bersandarkan cagaran yang amat ketat kini membimbangkan bank," kata akhbar itu memetik sumber. – tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.