Followers

Thursday, April 16, 2015

Zairil nafi kewujudan akaun DAP Mesir Adam Abu Bakar

 
zairil-DAP-Mesir

Ahli Parlimen Bukit Bendera menjelaskan akaun berkenaan sengaja dibuat pihak tertentu atas niat jahat sempena lawatan DAP ke Asia Barat.

PETALING JAYA: DAP menafikan dakwaan bahawa mempunyai hubung kait dengan akaun Facebook seperti DAP Mesir dan akaun yang didakwa berniat jahat untuk memburuk-burukkan parti itu.

Perkara itu disangkal Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari di laman blognya, www.zairil.com.

Dalam tulisannya, Ahli Parlimen Bukit Bendera menjelaskan akaun berkenaan sengaja dibuat pihak tertentu atas niat jahat sempena lawatan rombongan pemimpin tertinggi DAP ke Jordan dan Mesir.

Mengulas mengenai perkara yang sama, Zairil mengakui tujuan rombongan berkenaan ke sana atas tujuan cuba mendekati pelajar Malaysia.

“Kami juga telah mengadakan beberapa sesi perjumpaan bersama pelajar-pelajar Malaysia dari pelbagai universiti di Jordan,” katanya.

Sebelum ini, FMT melaporkan mengenai akaun Facebook DAP Mesir yang kononnya diwujudkan bagi menarik sokongan daripada pelajar Malaysia di negara berkenaan.

Kehadiran pemimpin parti berkenaan turut mengundang rasa kurang senang sebahagian besar pelajar Malaysia dan mereka mempertikaikan tujuan sebenar lawatan itu diadakan.

Selepas Jordan, rombongan berkenaan akan berada di Mesir sehingga 19 April ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.