Followers

Monday, April 20, 2015

YB Dato Seri Dr. Wan Azizah Dato Wan Ismail Calon PRK P044 ??

Hampir Pasti DSWA Calon PRK Permatang Pauh - Kalau Menang Pun Bukan Sebab DSWA Berkredibliti Tetapi Kerana Rakyat Meluat Kat BN.

Takyah tunggu 24 April la. Konon nak umum calon pada hari tue. 25 hari penamaan calon. Sekarang dah tersebar ura-ura yang DSWA ialah calon untuk PRK Permatang Pauh. Dah sana sini orang bercakap. Jentera pun sibuk bersiap dengan kerja-kerja kempen. Lagipun. Sejak 2 menjak neh. 

Muka DSWA memang tetiba rajin turun Permatang Pauh untuk kerja-kerja kempen. PKR belum mengaku. Tetapi orang dah boleh tengok clue. Ye la tue. DSWA calonnya di PRK Permatang Pauh.

Kalau aku pengundi di Permatang Pauh, DSWA memang calon yang bermasalah pada aku. Ada beberapa sebab. Antaranya, aku tak pernah sokong 1 wakil rakyat menduduki 2 kerusi. Satu di parlimen. Satu di DUN. Bahkan aku harap sangat satu hari nanti parlimen kita melarang perkara berkenaan.

Alasan aku mudah. Mereka gagal membuat kerja dengan sebaiknya. Tak payah tengok jauh-jauh. Kau tengok Lim Guan Eng sudah. Orang berparlimen. Dia berparti. Lepas tue sekarang puak2 BN dok sebarkan gambar dia p bercuti. Aku tatau la betul ke tak. Ini yang depa troll.



Aku tatau la si gila neh masuk parlimen ke tak. Sebab memang tak nampak. Kalau tak masuk atas alasan jaga negeri aku fikir walaupun menyampah tapi still boleh terima. 


Jika bercuti itu lain ceritanya. Tapi dia betul-betul buat aku meluat. Pongpang kutuk Hadi ponteng mesyuarat parti. Tapi dia sendiri ponteng satu persidangan yang lebih penting dan bertanggungjawab ke atas rakyat. 

Bukan kes baru-baru neh. Yang baru2 neh depa kata dia bercuti. Yang tue aku taktau. Tapi hari tue punya kes. Yang mana dia ponteng dan siangnya p upload gambar hadir satu parti yang satusen takde kaitan dengan kepentingan rakyat.

Ada 2 kerusi.

Kalau dia buat gile. Dedua la terabai. Tue pasal aku tak pernah sokong atau condong 1 wakil rakyat pegang 2 kerusi. Contoh yang ada pun terbukti haprak der. Yang pegang 1 kerusi pun banyak yang haprak oi. Inikan pula dua kerusi. Lagi le hampeh.

Sebab yang kedua pula. Ini kerana DSWA dah letak jawatan dulu untuk pass kat Anwar. Katanya nak jaga cucu. Tapi apa kebenda la jika tetiba dia bertanding balik kat situ. Aku rasa pengundi pun rasa ralat kot. Pening kejap nak fikir permainan PKR.

Then. Balik2 legasi Anwar. Dah macam takde calon tempatan. Jujur aku kata. Baik amek calon tempatan. Yang memang menetap dan tinggal disitu untuk jadi wakil rakyat. Kita jadi wakil rakyat bukan nak kira legasi bagai. Itu semua takde kena mengena. Yang penting buat kerja bantu rakyat. 


Semata2 nak letak seseorang yang ada kaitan dengan Anwar kerana nak pertahankan legasi Anwar, kau rasa benda neh apa kepada rakyat? 

Apa? Oke. Tak payah cerita pasal rakyat la. Cerita je bab benda betul. Mempertahankan legasi Anwar di Permatang Pauh neh sebenarnya apa yang mendorong perkara neh nampak betul? 

Apa dia? Perkara yang betul. Jika kau jadi wakil rakyat, kau buat kerja jika menang. Jika kalah, kau jadi la pembangkang yang baik dengan sentiasa pantau kerja2 wakil rakyat yang menang. 

Lain kali pengundi dah kenal wajah kau. Kau sentiasa aktif mempedulikan cara wakil rakyat buat kerja. Kalau nak jadi calon balik takyah susah2 buat kempen beria2. Orang boleh nilai prestasi turun padang kau. 

Ini perkara yang betul menjadi wakil rakyat. Legasi apa haram jadah neh semua takde kaitan dengan cara kau nak mencorakkan seseorang menjadi wakil rakyat yang betul pun. Nampak tak. Sebab tue berhentila meroyan bab legasi Anwar apa semua neh. Meluat kot aku.

Kalau nak diikut2kan. Aku percaya PKR akan menyediakan alasan-alasan konkrit (kononnya) kenapa mencalonkan DSWA di PRK Permatang Pauh kelak. 


Jika benar, kau akan menyaksikan alasan2 itu di SPAM kat ruangan komen facebook, blog, twitter dan wassap. Tunggu je la bila benda tue dah sahih depa umum. Taktik PKR neh petik jari je dah boleh agak.

Walau aku meluat tapi aku nampak DSWA tetap ada harapan besar untuk menang di PRK Permatang Pauh. Semua neh gara-gara GST. Pada aku. Jika DSWA terbukti menang di PKR Permatang Pauh, ia bukan pengundi sokong dia sangat pun tapi lebih kepada meluat dengan GST. 


Sokong GST itu lagi gile dari pangkah DSWA jadi wakil rakyat dan seterusnya mungkin jadi ketua pembangkang Malaysia kelak. Amek alih peranan DSAI sementara dia dalam penjara. Melepas la Azmin, Hadi dan Lim Kit Siang kau.
 


Ameno Wrold

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.