Followers

Wednesday, April 29, 2015

VIDEO - Ahmad Maslan sanggup dibaling batu demi GST ?? - Faiz Zainudin


sanggup dibaling batu demi GST, Ahmad Maslan

Selagi rakyat marah dan ugut untuk membaling batu, selagi itulah Ahmad Maslan akan turun padang untuk memberi penerangan kebaikan GST.

PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan tidak gentar untuk meneruskan penerangan tentang kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun dirinya berisiko dibaling batu.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, beliau tidak kisah dikutuk mahapun dibaling batu asalkan rakyat mendapat penerangan sebenar kebaikan GST.

Katanya, selagi rakyat marah dan ugut untuk membaling batu, selagi itulah beliau akan turun padang untuk memberi penerangan.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, GST merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan mengurangkan cukai daripada 10 peratus kepada enam peratus.

“GST mengurangkan cukai dari 10 peratus kepada enam peratus. Semua barang kita pakai, baju, seluar, songkok, kasut, meja, kerusi, segala pinggan mangkuk 10 peratus cukai, tetapi GST menurunkan cukai itu kepada enam peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Umum Penerangan GST dan Isu-isu semasa di Kampung Guar Perahu, Kubang Semak, Bukit Mertajam pada 25 April lalu.

FMT telah merakam sebahagian ceramah itu. Ia diadakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan hanya dihadiri kira-kira 50 orang walaupun bersebelahan dengan pasar malam dan kedai makan.

Ahmad Maslan berkata, beliau datang ke Permatang Pauh semata-mata untuk menerangkan kebaikan GST yang tidak membebankan rakyat.

Dalam ceramah itu, beliau turut menyentuh isu tandas di KLCC yang dikenakan GST dan menimbulkan tidak puas hati orang ramai.

Katanya, tandas itu untuk pelancong asing dan orang kaya yang tidak terkesan dengan GST.

Beliau berkata, rakyat sepatutnya menggunakan kuasa memilih untuk menggunakan tandas percuma yang banyak disediakan di pusat beli belah itu.

“Siapa suruh pergi tandas yang dibayar RM2, siapa suruh? Di KLCC ada banyak tandas yang tak berbayar, kenapa tak pergi tandas yang tak berbayar?

“Saudara saudari ada kuasa yang pertama, kuasa untuk memilih. Kenapa dipilih tandas yang berbayar? Tandas yang berbayar hanya untuk pelancong dan orang kaya yang tidak ada apa-apa kesan bila bayar,” katanya.

Dalam ceramah itu juga, Ahmad Maslan memberitahu beliau telah memaafkan bapa kepada seorang aktivis muda (Adam Adli) yang telah meninggal dunia kerana kemalangan.

Katanya, walaupun arwah pernah menghinanya di laman sosial namun beliau telah memafkan dan mendoakan rohnya dirahmati di alam kubur.

“Saya tidak doakan dia kemalangan tapi dia kemalangan dan meninggal dunia. Saya maafkan beliau semoga beliau dirahmati di dalam kubur.

“Saya ingin menurunkan cukai rakyat, tetapi mereka kata muka saya macam taik babi, ibu saya pun dia kata khinzir kerana saya nak turunkan cukai rakyat,” katanya.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.