Untuk melawan keganasan, kerajaan minggu lalu mengetengahkan dua undang-undang baru sambil memantapkan undang-undang sedia ada untuk tujuan sama.
Undang-undang baru yang diluluskan di Dewan Rakyat itu adalah Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pota) dan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara.
Persoalannya kenapa undang-undang baru diperlukan sedangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA telah sedia ada?
Adakah undang-undang ini akan bertindih antara satu sama lain?
Peguam New Sin Yew Yew berpandangan bahawa undang-undang itu tidak bertentangan kerana berbeza antara satu sama lain.
“Orang ramai cenderung bertanya, kamu sudah ada Sosma, kenapa perlu Pota lagi? Ia agak berbeza kerana Sosma kebanyakannya berkaitan dengan prosedur sewaktu perbicaraan.
“Tetapi Pota tidak berkaitan dengan itu. Pota tidak ada kena mengena dengan perbicaraan. Kamu tidak akan dibicarakan bawah Pota,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Pota memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Keganasan untuk mengeluarkan arahan tangkapan atau sekatan terhadap mana-mana individu dipercayai terlibat atau menyokong keganasan melibatkan kumpulan antarabangsa di negara asing.
Penahanan boleh berlaku sehingga dua tahun dan diperbaharui tanpa had. Manakala keputusan lembaga itu tidak boleh diteliti di mahkamah kecuali dalam bab pematuhan prosedur.
Kesihan Mukhriz......
Mukhriz digesa letak jawatan MB Kedah jika tidak mahu sokong PM
UPDATED: Apr 12, 2015 07:58pm
Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib jika siasatan
mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika sebaliknya beliau akan
bersama-sama rakyat, kata Ahmad Lebai Sudin. - Foto arkib TRP
KUALA LUMPUR, 12 April:
Datuk Seri Mukhriz Mahathir digesa melepaskan jawatan sebagai Menteri
Besar Kedah sekiranya enggan memberi sokongan terhadap kepimpinan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin
berkata, jawatan menteri besar yang disandang Mukhriz itu adalah
lantikan oleh Perdana Menteri dengan sokongan kepimpinan negeri.
“Sekiranya beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, elok letak
jawatan,” katanya dipetik dari laporan portal SuaraTV.
Mukhriz pagi ini telah memanggil seluruh pimpinan UMNO Bahagian Kedah ke
kediaman rasmi menteri besar di Seri Mentalon bagi membincangkan soal
krisis antara mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib.
Bagaimanapun tidak ada kata putus dicapai dan Mukhriz difahamkan mahu
menunggu hasil keputusan laporan Ketua Audit Negara berkaitan syarikat
pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development
Berhad (1MDB).
Ahmad mendakwa tindakan Mukhriz itu telah dikecam oleh pimpinan UMNO
Kedah yang lain kerana tidak boleh membezakan soal memberi sokongan
dengan isu 1MDB.
“1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit
Negara ia tidak harus menjadi ‘benchmark’ kepada kepimpinan Najib.
“Perdana Menteri sendiri berjanji sekiranya ada salah laku dalam 1MDB,
tindakan tegas akan diambil.
“Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib sekiranya
(siasatan) yang dijalankan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika
siasatan mendapati sebaliknya, beliau akan bersama-sama rakyat,”
katanya.
Ahmad Lebai Sudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Kedah
Menurut Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari
Baharom yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut juga membidas
tindakan Mukhriz dan menegaskan sokongan terhadap Perdana Menteri tidak
seharusnya berpaksi kepada 1MDB semata-mata.
Bagaimanapun, Johari ketika dihubungi The Rakyat Post enggan mengulas
lanjut perkara itu.
Selain Ahmad dan Johari, antara pimpinan UMNO yang juga ADUN yang turut
hadir dalam perjumpaan tersebut Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah
Ibrhaim (Pedu), Datuk Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Dato Ahmad
Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).
Manakala antara ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) yang hadir
ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Ku Abd
Rahman Ku Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Aminuddin
Omar; dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan,
Datuk Badrol Hisham Hashim.
Seterusnya Ketua UMNO Bahagian yang hadir Datuk Mohd Rozai Shafian
(Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Seri Mahdzir
Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah).
Posted by mountdweller at 11:00 AM
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.