Followers
Tuesday, April 7, 2015
Tunggakan ansuran perumahan kos rendah di Selangor tinggi
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1, selain itu, klausa perjanjian yang longgar serta jaringan kemudahan bayaran terhad turut menjadi kekangan kepada kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengutip ansuran tersebut.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1, selain itu, klausa perjanjian yang longgar serta jaringan kemudahan bayaran terhad turut menjadi kekangan kepada kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengutip ansuran tersebut.
Kelemahan penyediaan dokumen perjanjian sewa beli perumahan awam kos rendah (PAKR) antara kerajaan Selangor dan pembeli menjadi punca berlaku tunggakan pembayaran ansuran yang tinggi di negeri itu.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1, selain itu, klausa perjanjian yang longgar serta jaringan kemudahan bayaran terhad turut menjadi kekangan kepada kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengutip ansuran tersebut.
Semakan audit mendapati menerusi perjanjian sewa beli antara kerajaan Selangor dan pembeli, tiada klausa gadaian diletakkan sebagai tanggungjawab kerajaan negeri, sebaliknya diletakkan di bawah kuasa pembeli menyebabkan mereka tidak terikat dengan sebarang sekatan kepentingan.
Analisis Audit secara keseluruhannya menunjukkan prestasi bayaran ansuran sewa beli kurang memuaskan apabila sejumlah RM25.17 juta bayaran tertunggak setakat Oktober 2014 tidak dapat dikutip LPHS.
"LPHS perlu mengutip ansuran sewa beli rumah sejumlah RM10.16 juta setiap tahun untuk membantu Kerajaan Selangor menjelaskan semula bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan sehingga tahun 2028 (25 tahun).
"Penurunan kutipan itu mengakibatkan LPHS tidak dapat membantu sepenuhnya kerajaan negeri sehingga menyebabkan tunggakan bayaran ansuran sewa beli yang serius," kata laporan itu.
Selain itu, laporan tersebut menyatakan baki bayaran balik ansuran perumahan awam kos rendah itu terkurang nyata berikutan tiada dokumen perjanjian dimeterai antara kerajaan negeri dengan LPHS semasa penyerahan pengurusan akaun perumahan berkenaan.
"Bagi tahun 2008 sehingga Oktober 2014, terdapat perbezaan ketara antara baki ansuran PAKR di LPHS dan Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) antara RM13.34 juta hingga RM67.46 juta," menurut laporan itu.
Sehubungan itu, laporan tersebut mengesyorkan LPHS meluaskan rangkaian kemudahan bayaran selain melakukan lelongan awam sebagai langkah terakhir kepada pembeli tegar yang enggan menjelaskan bayaran tunggakan ansuran sewa beli berkenaan.
Menurut laporan itu, PNS dan LPHS juga disaran membuat rundingan bagi menyelesaikan perbezaan baki sebanyak RM13.34 juta dengan mengambil kira jumlah baki ansuran yang boleh dituntut lembaga daripada pembeli.
Dalam pada itu, laporan audit bagi Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak dan Petaling menunjukkan pemantauan serta penguatkuasaan kurang berkesan menyebabkan berlaku pelanggaran syarat dan pencerobohan tanah di daerah tersebut.
Menurut laporan audit berkenaan, mulai tahun 2010 hingga November 2014, sebanyak 149 aduan pelanggaran syarat dan pencerobohan tanah kerajaan diterima PTD Gombak manakala PTD Petaling merekodkan 15 aduan pada 2010 dan 2014 bagi pelanggaran syarat tanah manakala 356 aduan pencerobohan tanah pada 2012 hingga 2014.
Semakan audit mendapati PDT Gombak tidak menetapkan piagam pelanggan bagi menyelesaikan aduan pelanggaran syarat tanah namun menetapkan 60 hari bekerja bagi aduan pencerobohan tanah kerajaan manakala PDT Petaling pula tiada piagam pelanggan untuk menyelesaikan sesuatu aduan.
"Audit mengesyorkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan tanah yang diberi milik untuk diusahakan atau dibangunkan selaras dengan syarat pembangunan dan lain-lain syarat kelulusan yang ditetapkan," menurut laporan itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.