Followers

Friday, April 10, 2015

Tidak ada rekod jenayah di Malaysia, adakah orang itu dianggap bersih?

 

Phua tidak ada rekod jenayah di M'sia, kata Zahid mk

Putrajaya hari ini mendakwa bahawa Paul Phua Wei Seng tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Dalam jawapan bertulis sebaris kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, menurut rekod polis, Phua tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

YB Gobind telah meminta kerajaan menyatakan laporan polis terhadap Phua dan sama ada dia mempunyai sebarang rekod jenayah di Malaysia.

Gobind juga bertanya sama ada Phua telah didakwa dan apa hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Phua dilaporkan telah ditangkap dalam satu serbuan pada 4 Julai 2004 semasa perlawanan Piala Euro.

Dia didakwa telah menjalankan rangkaian pertaruhan dalam talian apabila dia ditangkap oleh pihak berkuasa.

Phua menjadi tajuk utama berita selepas dia ditahan dan didakwa oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat berkaitan operasi perjudian haram dalam talian secara besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Las Vegas pada bulan Julai lalu.

Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.