Followers

Tuesday, April 14, 2015

Suruhanjaya khas siasat 1MDB FMT Reporters

 
perkasa_600

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dianggotai panel bebas dan berkecuali perlu disegera berikutan keadaan yang semakin meruncing.

PETALING JAYA: Perkasa menyokong cadangan penubuhan suruhanjaya bebas bagi menyiasat penyelewengan yang berlaku dalalm 1MDB, seperti yang disyorkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, pendirian pertubuhan itu adalah selari dengan Diskusi Khas berkenaan 1MDB yang dianjurkan oleh Biro Pemantauan & Integriti Perkasa pada 2 April 2015.

Dalam kenyataannya ia menekanan, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dianggotai panel bebas dan berkecuali perlu disegerakan berikutan situasai yang berlaku.

“Disamping itu, BPI mencadangkan agar panel-panel yang telus dan berwibawa untuk menganggotai Suruhanjaya ini dan wajarlah dipengerusikan oleh bekas-bekas Ketua Hakim Negara seperti Tun Abdul Hamid atau Tun Ahmad Fairuz ataupun bekas Penguam Negara seperti Tan Sri Abdul Talib Othman ataupun mana-mana individu yang mempunyai integriti yang tinggi dan berwibawa” petik kenyataan itu.

Ia jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang membelenggu kepimpinan Najib dan merungkai segala misteri 1MDB dan hasrat itu telah disampaikan melalu surat rasmi kepada beliau pada pagi Selasa.

Pembentukan suruhanjaya berkenaan dikatakan selari dengan pendirian Perdana Menteri yang bersifat terbuka dan sedia disiasat termasuk oleh Ketua Audit Negara dan Polis.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.