Followers

Friday, April 17, 2015

Suhakam: Tidak Zahid, kami tak bersetuju dengan Pota

 
 
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyangkal dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa suruhanjaya itu bersetuju dengan Akta Pencegahan Keganasan.

Sebaliknya, jelas Suhakam, ia menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri pada 12 Mac supaya ia diberi peluang untuk memberi nasihat tentang bagaimana rang undang-undang itu boleh diperbaiki dari segi hak asasi manusia.

Dalam satu kenyataan semalam, suruhanjaya itu sekali lagi menegaskan bahawa ia tidak dibawa berunding mengenai perundangan tersebut.

Menurutnya, ia telah mengeluarkan satu kenyataan yang melahirkan rasa kesal selepas rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat minggu lepas.

Suruhanjaya itu, tambahnya, telah menyatakan rasa kesalnya bahawa Pota telah diluluskan walaupun terdapat keraguan dalam beberapa peruntukannya.

Pota, katanya, yang membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun atas kehendak sebuah lembaga pencegahan keganasan, mempunyai isu-isu yang serius dan memerlukan pengawasan yang sewajarnya.

Suruhanjaya itu juga, tegasnya, menggesa kerajaan supaya komited kepada obligasinya terhadap hak asasi manusia antarabangsa dan menyemak semula rang undang-undang itu melalui perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan.

Katanya, suruhanjaya itu menyokong langkah-langkah perundangan untuk menentang segala bentuk keganasan, tetapi menegaskan bahawa undang-undang itu mestilah selaras dan mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip hak asasi manusia.

Suruhanjaya itu juga, katanya, telah dan konsisten dalam gesaannya bahawa melindungi hak asasi manusia dan keselamatan awam, mestilah saling melengkapi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.