Rakyat Malaysia perlu meletakkan keyakinan kepada SPRM dalam usahanya memerangi rasuah di negara ini.
Sebaliknya, mereka diminta supaya meletakkan keyakinan kepada badan itu dalam usahanya memerangi rasuah di negara ini.
Dalam kenyataannya, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Rohaizad Yaakob berkata, komen yang diterima daripada pembaca, menunjukkan reaksi positif dan sayang kepada badan itu.
Sebagai strategi memenuhi harapan rakyat, ia menggunakan pendekatan ‘Merakyatkan SPRM’.
Bagi tujuan itu ia turun padang dengan mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak dari masa ke semasa termasuk wakil rakyat dan parti politik di peringkat nasional dan negeri.
Beliau berkata, bagi menjadikan SPRM lebih bebas dan berkesan sebagaimana diharapkan oleh orang ramai, Ahli Parlimen perlu menyokong usaha mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai SPRM dan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang memerlukan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat.
Jelasnya, SPRM tidak mengenal pangkat dan parti dalam memerangi rasuah tetapi tidak semestinya siasatan itu akan berakhir dengan dakwaan di mahkamah.
“SPRM pernah siasat kes cincin yang didakwa dibeli oleh isteri Perdana Menteri.
SPRM pernah siasat Tan Sri Khalid Ibrahim dan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, masing-masing mantan Menteri Besar Selangor dan Kelantan. Ini menunjukkan siasatan merentasi taraf dan status seseorang,” katanya.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan laporan beberapa portal berita berhubung siasatan SPRM ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur berkaitan pembelian cincin RM24.4 juta.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.