Followers

Saturday, April 25, 2015

Siasat Najib dan konco 1MDB - FMT Reporters

 
khairuddin

Berdasarkan pendedahan Sarawak Report, Khairuddin meminta supaya Polis menyiasat Najib berhubung kenyataan bertulisnya ke Parlimen dan tuduhan memberikan dokumen palsu 1MDB.

PETALING JAYA: Susulan pembongkaran laporan yang dibuat Sarawak Report sebelum ini, bekas Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan, yang lantang mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi pada tengahari Jumaat.

Beliau meminta Polis menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan President/CEO, Arul Kanda Kandasamy.

Dalam laporannya, Khairuddin membangkitkan kenyataan bertulis Najib kepada Parlimen pada 11 Mac lalu berhubung dana berjumlah US$1.03 bilion yang disimpan di sebuah bank di Singapura.

Sehubungan itu, beliau meminta Polis menyiasat kesahihan dokumen berkenaan sebagai mana yang disiarkan Sarawak Report.

Dalam laporan yang dibuat, Khairuddin turut meminta Polis menyiasat dakwaan bahawa 1MDB telah mengedar dokumen yang didakwanya sebagai terdapat keraguan pada kedudukan akaun tunai Brazen Sky.

Pada 23 April lalu, dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa 1MDB memberikan penyata bank palsu berkaitan berkaitan akaun anak syarikatnya kepada sebuah cawangan bank BSI di republik berkenaan.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.