Followers

Monday, April 20, 2015

Siapakah pemimpin PKR yang disindir Shabery ? FMT Reporters

 
shabery-screenshot_600 
Shabery mendakwa ramai yang bertanya dimanakah pemimpin PKR itu ketika penduduk di daerah Kemaman dilanda banjir


PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyindir pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila ceramah anjuran parti itu di Kemaman didakwa tidak mendapat sambutan ramai.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut menyatakan rasa ‘kasihan’ kepada pemimpin itu yang berkempen kononnya untuk membela rakyat yang susah namun tidak ramai yang datang.

Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman itu mendakwa, ramai yang bertanya dimanakah pemimpin PKR itu sewaktu penduduk di daerah itu dilanda banjir baru-baru ini.

“Smlm, pemimpin PKR balik Kemaman. Berkempen kononnya untuk membela rakyat yang susah. Kasihan…tiada sambutan. Ramai yang tanya, dimana beliau sewaktu Kemaman dilanda banjir”?, tulis Shabery Cheek di laman Facebook.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu tidak menyatakan siapakah pemimpin PKR yang dimaksudkan itu.

Mungkinkah kata-kata itu dituju kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, yang berasal dari Kemaman dan Ketua Cabang Kemaman?

Ahmad Shabery mendapat pujian mangsa banjir di Kemaman kerana setiap hari beliau turun padang bagi membantu mereka.

Malah, Pelan Pengurusan banjir di daerah itu mencapai piawaian emas dan akan ditambah baik untuk dijadikan model prosedur operasi standard (SOP) kesiapsiagaan menghadapai bencana peringkat nasional.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.